Sultan Azlan Sultan Pertama Naik ETS

Sultan Azlan Shah mencipta sejarah selaku sultan pertama menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh, semalam.
Orang Ipoh dah naik ETS ke belum? heheh naik le cepat, laju dan menjimatkan tak macam bas. Kalau nak baca pasal ETS boleh  baca kat post saya terdahulu ye.

Sultan Azlan Shah naik ETS

Keberangkatan baginda yang turut diiringi Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria nyata menarik perhatian rakyat jelata di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Stesen Kereta Api Ipoh yang turut mengambil kesempatan merakamkan wajah dan bersalaman dengan baginda berdua.

Sultan Azlan Shah mencemar duli dengan hanya duduk di gerabak biasa menyifatkan perjalanan selama dua jam itu sebagai perjalanan yang bagus.

Sultan Azlan duduk kat gerabak biasa? Wahh!! ni le dikatakan Sultan berjiwa rakyat walaupun baginda berhak dilayan di tempat istimewa tapi baginda memilih nak duduk tempat biasa.  Memang hari ini dalam sejarah le. Sultan Azlan dah puji ETS memang bagus..so tunggu apa lagi :)

Sumber: Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sultan Azlan Sultan Pertama Naik ETS”

  1. belalang hijau says:

    nak rase ape yg rakyat rase,
    kene la cuba lalui ape yg rakyat lalui…betul x?

  2. Nama Saya Melati says:

    Wah! Daulat Tuanku! :D

  3. Muhammad Burn says:

    bukan betul, tapi tepat.

  4. Solihin Zubir says:

    daulat tuanku!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold