Sosilawati Hilang, Kereta Sosilawati Dijumpai

 Datuk Sosilawati Hilang Bersama RM4 Juta

Siasatan kes hilang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan baru apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.

Kereta BMW X5 dgn no plat WLT 11 milik Sosilawati, 47, dijumpai di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen


melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.

Manakala kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim .  Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.

Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.

Peniaga yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.

Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita

Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.

Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.
Polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.

”Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.

“Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang,” katanya.

Jangan Buat Spekulasi
Sementara itu, peguam peribadi Sosilawati, Datuk Zaidi Zain berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu emosi keluarga mangsa dalam keadaan getir ini.
“Kehilangan beliau memberi kesan yang cukup besar kepada urusan harian keluarga dan perniagaan syarikat.

Anak – anak Sosilawati Sedih
Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.

Anak -anak Sosilawati yg lain ialah Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24; Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.

Bagaimanapun, keluarga Sosilawati yang lain kelihatan tidak berputus asa mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini penyiasatan pihak berkuasa terhadap kehilangannya.
Pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama pemandu, peguam dan pegawai sebuah bank.
Mereka dikatakan tidak pulang ke rumah setelah bersama-sama menuju ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sumber: Utusan dan Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Sosilawati Hilang, Kereta Sosilawati Dijumpai”

  1. INTAN.... ~ says:

    hmmm…
    agak2 ke mana menghilangnya dia ya?
    susah jgk jd org senang ni…
    sntiasa menjadi buruan…
    apa2 pun..
    smoga semuanya selamat..

    *Allah blh tarik nikmat bila2 masa sj..

  2. nuriz says:

    Dugaan bg setiap manusia berbeza beza..adalah lebih baik kita doakan dioarang selamat

  3. Zombie Kiri says:

    heheh, aku rasa, semua ni cuma dirancang! tu JE.. hehe!

  4. AngahSayang2314 says:

    kemana la.. dia.. hilang tanpa berita..

  5. belalang hijau says:

    moga2 dia selamat…
    cian kat2 nak raya jadi mcm nih…

  6. lady XOXO says:

    YA ALLAH …. susah ati saya tngok kes dia ni.. anak menunggu kepulangan beliau.. saya doakan beliau dan lain2 selamat.. ish… takot toi zaman sekarang ni…

  7. HONEYBEE ANJELL says:

    harap2 semuanya selamat. dah nak raya ni. TT

  8. Hariz says:

    6 orang anak sosilawati.. comel2…
    harap2 sosilawati jumpalah..

    New Entry ProfHariz
    Awas! Kepada Pengguna Facebook.. Must Read!

  9. six.september =_= says:

    uihh bila masa dia hilang
    tak tau pepepon
    bizi wat kuh raya sampai tak tgk tibi

    moga dia selamat :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold