Sosilawati dan Tiga Lelaki Dibunuh Kejam

Saya tergamam membaca berita kes Sosilawati, dan memang setiap hari saya mengikuti kes kehilangan Sosilawati dan pagi ni berita muka depan Mingguan terpapar Sosilawati dibunuh kejam bersama 3 lagi lelaki yang hilang bersamanya.
Sosilawati dan tiga  lagi lelaki, iaitu peguam, pemandu dan pegawai bank dipercayai dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam laut di Pantai  Morib, Selangor.

Petikan Berita:

Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

 Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting

Polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting malam tadi sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan berhubung kehilangan Datuk Sosilawati bersama tiga rakannya yang lain.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Peguam berpangkat Datuk bersama adiknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Sumber: Berita Harian dan Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold