Sinopsis Drama Siti Kelembai Slot Lagenda TV3

Petang ni drama Siti Kelembai dalam Slot Lagenda kat Tv3 dah mula tayang 4.30 hingga 5.30 petang Isnin hingga Khamis dan ulangan kat tv9 8.30 -9.30 malam. Cerita Ular Emas pun dah habis..so ganti dgn Siti Kelembai ni pulak
Kalau terlepas nak tonton drama Siti Kelembai ni boleh ke website tv9.com.my atao tonton.com.my

Sinopsis Drama Siti Kelembai

Kalau ikut cerita dongeng zaman dulu kala, Sang Kelembai mempunyai kuasa yg boleh sumpah orang jadi batu. Dulu duk baca selalu buku cerita memang duk jumpa la kisah kelembai ni. Tapi kisah Siti Kelembai ni tak penah pulak dengaq hehehe..

Sang Kelembai kalau teguq (tegur) apa apa benda terus jadi batu, dia ni pantang ja bunyi bising nanti dia akan teguq so benda tu nanti jadik keras belaka la.

Berbalik pada drama ni, drama Siti Kelembai terbitan MIG ni,

Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi (saitis)dan Siti Mayang Sari yang misteri , Siti Ratna pulak sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.
Kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Drama Siti Kelembai di slot lagenda yang baru ni banyak aksi aksi komedi dan watak Siti dan kawan baiknya di kolej iaitu Moin (lakonan Fizo Omar ) yang macam lurus tu agak lucu jugak le. Moin sebenarnya menaruh hati kat Siti ni.

Adakah Siti akan melupakan Moin selepas Siti dapat kuasa luar biasa tu?
nak tau macam mana Siti boleh jadi macam tu dan kesudahan kisah cinta Moin dan Siti kena le tengok episod sterusnya..heheheh!!

Pelakon dalam Drama Siti Kelembai; Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish Eizlan Yusof,

Tengok Promo di You Tube Siti Kelembai Slot Lagenda Tv3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sinopsis Drama Siti Kelembai Slot Lagenda TV3”

  1. Black_roses92 says:

    macam best je tengok iklan.. tapi kat ostel kita tak tengok tv..

  2. AiDa AzRyN says:

    Baru episod pertama aida tgk.. dah jatuh hati tgk cte tu.. tambah2 la fizo de blakon.. heheh..:D

  3. dark r0se says:

    tq ats sinopsisnyer~ ;) follow cni~;)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold