Sinopsis Drama Habil dan Qabil Samarinda TV3

Satu lagi drama baru di TV3 Habil dan Qabil dalam slot Samarinda tv3,bermula malam ni 22hb September.
Pelakon pelakon dalam drama Habil dan Qabil ni terdiri dari Zed Zaidi, Aaron Aziz, Siti Saleha,  (pelakon baru), Rashidi Ishak, Abby Abadi, Zila Bakarin dan ramai lagi. Drama ni diarahkan oleh Khabir Bhatia yang terkenal dengan drama dan filem hebat.

 

Sinopsis cerita,


Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil :)
Cerita bermula…Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Aaron Aziz sebagai Habil

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,

Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.

Dalam drama ni Maria (Siti Saleha pelakon baru) memegang watak hitam dan Habil di akhir cerita menjadi lumpuh dan  sementara Qabil pulak mati kerana tekanan hidup sebelum dapat bertemu dengan Habil..oopps terlebih sudah, nampaknya cerita ni sedih kan..

Saksikan kesudahan drama Habi dan Qabil :)

Sumber dari Budiey.com

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Drama Habil dan Qabil Samarinda TV3”

  1. Uruchimaru @ kf says:

    mcm menarik,tapi hambe x dpt tgk..!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold