Serina Chef Wan Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada hari Isnin.
Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.


Katanya, cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud ‘lain dari yang lain’ dalam bahasa Arab.
“Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina beritahu saya dia bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah,”
Chef Wan berkata, menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

Katanya, dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.
“Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik,” katanya dengan riang.

Sumber Star Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Serina Chef Wan Selamat Lahirkan Anak Lelaki”

  1. Amir Izzat says:

    Wah! dah lahir anak beliau… Hurm.. Nama yang agak unik bagi saya.. hehe

  2. aSmiDar says:

    wah..dah bersalin ek die..
    tak sabar nak tengok gambar anak die..
    mesti cun melecun wooo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold