Polis Jumpa Tulang di Ladang Gadong, Kaitan Dengan Kontraktor Shafik Abdullah

Polis dipercayai menemui petunjuk baru dalam kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, April lalu, apabila menemui sejumlah tulang manusia di ladang Gadong milik suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki.

Petunjuk baru itu diperoleh di dua lokasi mayat didakwa ditanam selepas kerja-kerja menggali menggunakan sebuah jentolak dijalankan selama lapan jam dengan dibantu jentera Bomba dan Penyelamat.

 Kontraktor Shafik Abdullah

Sumber berkata, polis menemui tulang-tulang berkenaan di kedua-dua lokasi terbabit.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada polis turut menjumpai barang milik mangsa.
Sebelum ini isteri Mohd. Shafik Abdullah, 37, Samson Nahar Dali, 35, dimaklumkan oleh polis bahawa 95 peratus kemungkinan suaminya telah dibunuh.

Ia adalah berikutan pengesahan salah seorang suspek yang mengaku melakukan jenayah itu selain polis juga menemui seutas jam tangan berjenama Polo milik mangsa tersebut.
Semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat didakwa ditanam di kawasan Ladang Gadong, iaitu lokasi ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dikenal pasti polis.

Dua mayat individu terbabit termasuk salah seorang daripadanya dipercayai Mohd. Shafik yang dilaporkan hilang sejak April lalu.
Kedua-dua mayat itu dipercayai ada kaitan dengan suspek utama yang merupakan seorang peguam bergelar Datuk.
Salah satu daripada lokasi itu dikenal pasti berhampiran kuarters pekerja di belakang kawasan ladang manakala satu lagi dipercayai ditemui beberapa meter di luar ladang tersebut.

Sumber Utusan Online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold