Noh Gadut Sifatkan Kematian Sosilawati dan 3 Lelaki Sebagai Mati Syahid

Datuk Noh Gadut bekas Mufti Johor dan penasihat Majlis Agama Islam Johor sifatkan kematian Sosilawati dan 3 lelaki lagi sebagai mati syahid. Mayat mereka dipukul, dibunuh dan dibakar hingga hangus dijumpai di Ladang Gadong. Saya terbaca artikel ni dalam Sinar Harian tadi. Saya pun kurang arif tentang ni, dan amat menarik artikel ni.

Datuk Noh Gadut


Dalam kes bunuh Sosilawati dan 3 lagi lelaki, Datuk Noh Gadut menjelaskan kematian mereka sebagai mati syahid akhirat iaitu seperti orang mati bersalin, mati dibunuh secara kejam, dan mati karam.

Mati syahid akhirat ialah mati kerana memperjuangkan agama, berperang dengan kafir seperti zaman nabi dulu. Alhamdulillah jika semua mangsa mendapat pahala dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg mati shahid.
Saya teringat ustaz kat sekolah dulu, ada sebut, kalau seseorang tu keluar mencari rezeki untuk keluarga dan dia mati semasa mencari rezeki, tu pun dikira mati syahid.

Rasullullah pernah bersabda orang yang mati syahid tu tidak merasa sakit melainkan seperti dicubit.
(HR Tirmizi dan Nasa i’)

Datuk Noh Gadut menghadiri majlis tahlil di rumah Datuk Sosilawati dan di kesempatan tu dia menemui bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamad dan anak-anak Sosilawati. Kelihatan Datuk Noh Gadut berbual, memberi kata-kata semangat dan penerangan kepada anak-anak Sosilawati.

Kejadian yg menimpa Sosilawati perlu diambil iktibar dan dijadikan teladan kepada ahli korporat lain supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam urusan perniagaan.

Manakala mufti Pahang pulak, Datuk Abdul Rahman meminta orang awam tidak mengaibkan mangsa dengan cerita-cerita tak baik tetapi memperbanyakkan doa supaya roh mereka dirahmati dan tenteram.

Sumber Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Noh Gadut Sifatkan Kematian Sosilawati dan 3 Lelaki Sebagai Mati Syahid”

  1. lady XOXO says:

    Amin.. semoga roh mereka tenang.. AL-FATIHAH

  2. misyamissyou says:

    oh..kalau macam tu bertuah kan..tak rase sakit mati melainkan seperti kena cubit je..

  3. CiK QiQi says:

    hope roh mereka tenang…tp still waiting result DNA ^_^

  4. Gen Fujita says:

    Allahualam, apa pun semoga roh mereka dicucuri rahmat dan keadilan dapat ditegakkan.

  5. Ezao' Edogawa says:

    imam kampung saya kan…
    ada ckap kematian sosilawati ni sbb dia tak beramal dgn harta dia… contoh,dia tak bersedekah dan x wt keja amal… imam yg ckp cmtu sy dagr je

  6. nuriz says:

    mufti pahang tu dah nasihatkan kita tak boleh le nak ckp benda yg aibkan arwah..sapa le kita ni nak hukum org..kita tau ke apa benda yang arwah buat..imam tak semesti semua ckp dia betul je…Allah lebih mengetahui

  7. Nasir Bravo says:

    erm,doakan ler yg terbaik buat mereka,kita yg masih hidup ambik iktibar n selalu la berdoa agar kita semua "husnul khotimah",,mati syahid nie byk pndgn ulamak,kita kena degr semua pndpat ler kan,rasanyer lebih baik mcm tue..Amin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold