Nash Sebak Dengan Berita Pembunuhan Sosilawati

Bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nashrudin Elyas atau Nash yang juga bekas suami Sosilawati, berkata jika berita mengenai pemergian Sosilawati itu benar, ternyata ia adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya tidak tahu kenapa ada manusia yang kejam sampai sebegitu, sanggup membunuh… sepatutnya benda ini tidak boleh berlaku dalam negara kita yang aman ini,” katanya ketika dihubungi.


Nash berkata, beliau juga ada menghubungi anak-anak Sosilawati sejak berita kehilangannya dilaporkan media, namun panggilannya itu tidak berjawab.

“Hari pertama berita mengenai dia dilaporkan hilang, saya ada call anak-anak dia, tetapi tidak berangkat. Pagi tadi juga selepas dengar berita dia dipercayai mati dibunuh, saya ada juga call lagi anak-anak dia, tetapi masih juga tidak berjawab,” katanya sebak.
Ketika, ditanya sama ada beliau akan melawat anggota keluarga Sosilawati, Nash berkata beliau tidak berkesempatan berbuat demikian kerana kini berada di Sabah atas urusan kerja.

Katanya, walaupun jodoh beliau dengan jutawan kosmetik itu tidak mampu bertahan, namun mereka tidak pernah berdendam dan beliau masih rapat dengan anak-anak bekas isterinya itu.

“Saya memang berniat untuk melawat anak-anaknya dalam masa terdekat selepas urusan kerja saya di sini selesai. Saya memang baik dengan anak-anak dia terutamanya Fatimah (Siti Nur Fatimah) dan anggap anak-anak dia seperti anak-anak saya sendiri, tiada bezanya,” kata Nash yang tidak dapat menahan kesedihan.

Katanya, beliau begitu sedih dan bersimpati bukan sahaja dengan anggota keluarga bekas isterinya itu malahan juga kepada anggota keluarga tiga lelaki yang turut hilang.

“Saya amat sedih mendengar berita ini. Apalah nasib anak-anak dia (Sosilawati) dan ahli keluarga tiga (rakan Sosilawati) yang lain. Saya ucapkan takziah kepada mereka,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Nash Sebak Dengan Berita Pembunuhan Sosilawati”

  1. iDa says:

    terkejut tgk berita pg td..huhuhuh..xsgka..dunia sekrang memg kejam..ade gak mnusia yg pangai mcm haiwan cm 2…..sgp dwg….hhuhuhuhu

  2. azhar says:

    ini perbuatan org sakit jiwa,iri hati,dengki & tamak..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold