Luahan Hati Suami Sosilawati , Bukan Niat Sembunyi Diri

Sejak kes bunuh Datuk Sosilawati heboh dan polis masih menjalankan siasatan sudah pasti orang awam nak jugak tengok gambar baru suami Datuk Sosilawati yang sebelum ni dirahsiakan oleh arwah Datuk Sosilawati, dan pernikahan mereka pun secara rahsia. Media masih lagi tidak menyiarkan gambar suami Datuk Sosilawati, atas permintaan ahli perniagaan berusia 48 tahun itu.

Beliau telah berkenalan dengan Datuk Sosilawati sejak 10 tahun lalu atas urusan perniagaan. Berita tentang perkahwinan mereka heboh pada awal tahun 2010 apabila ditangkap khalwat dan Sosilawati membuat kenyataan bahawa dia sudah bernikah di luar negara.

Petikan berita dan luahan hati suami Sosilawati Lawiya:

“Saya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa Wati. Saya sayangkannya dan hubungan kami erat seperti pasangan lain dan tidak perlu saya gambarkan kepada umum.

“Anak juga amat sedih. Wati ibu penyayang dan sangat mengambil berat soal anak,” kata beliau yang mengenali isterinya lebih 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum menikahinya.

“Wati menggunakan telefon sepanjang perjalanan tetapi saya tidak tahu dengan siapa beliau bercakap. Daripada butirannya, beliau meminta bayarannya dipercepatkan, dipercayai mempunyai kaitan dengan pen-jualan tanah miliknya sebab beliau pernah meminta pandangan saya mengenai urus niaga itu.

“Saya mengingatkannya berhati-hati dan tidak ditipu kerana mengesyaki sesuatu tidak kena dalam urus niaga berkenaan. Ini semua sudah maklumkan ketika dipanggil memberi keterangan oleh polis untuk membantu siasatan,” katanya.

 Selepas pertemuan itu beliau tidak lagi menemui isterinya dan hanya berkomunikasi melalui telefon, dengan panggilan terakhir diterima kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos.

Pada 30 Ogos, Wati menelefon saya antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari tetapi sekadar perbualan biasa suami isteri. Menjelang 10 malam, saya menerima panggilannya tetapi apabila dijawab tidak kedengaran apa-apa suara. Saya menghubunginya semula tetapi tidak dijawab.

“Memang saya tidak terlintas langsung perkara buruk akan berlaku ke atasnya sehinggalah anak perempuannya menghubungi saya bertanyakan di mana ibunya,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini mereka masih menunggu keputusan rasmi ujian DNA ke atas semua bahan bukti, termasuk barangan peribadi yang ditemui di tempat kejadian sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Terima atau tidak (keputusan) itu soal lain, yang penting kita tunggu keputusan. Semua pihak harus menghormati pendirian waris untuk mengadakan ujian kedua di luar negara. Jika kedua-dua keputusan sama, saya reda dengan pemergiannya dan kita harus melakukan apa yang sepatutnya sebagai seorang Islam,” katanya.

Beliau yang juga rakyat Malaysia berketurunan Indonesia turut menjelaskan bukan niatnya mahu bersembunyi daripada media selepas kes itu terbongkar, sebaliknya tidak mahu dikenali dan meminta kehidupan privasinya dihormati.

Selepas kes ini terbongkar, masyarakat tertanya-tanya status saya… siapa suami dia (Sosilawati) dan ke mana saya menghilang. Timbul macam-macam spekulasi sedangkan saya masih di dalam negara dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes ini, termasuk menyalurkan maklumat berkaitan.

“Saya berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan media kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan. Saya mengikut prosedur sepatutnya, malah pertemuan bersama Berita Minggu diatur, menjelaskan status saya bagi mengelak salah faham,” katanya.

Pertemuan itu turut diatur selepas beliau mendapat keyakinan mengenai perkembangan terkini siasatan, selain atas nasihat pihak tertentu.

Sumber Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Luahan Hati Suami Sosilawati , Bukan Niat Sembunyi Diri”

  1. misyamissyou says:

    hmm..kejam betul yg bunuh ni..kurang ajar..mana boleh bakar2 org..ee..geram betul! kesian family diorang..patut hukum sebat byk kali lepas tu gantung smpai mati je..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold