Ladang Gadong Mewah Tempat Bunuh Sosilawati Macam Resort

Sebelum ini media dan para wartawan tak dibenarkan mendekati Ladang Gadong tempat pembunuhan Datuk Sosilawati, dan setelah polis menghentikan operasi cari bahan bukti maka wartawan pun dibenarkan mendekati ladang tu sambil dikawal oleh pihak polis. LAdang Gadong yang juga disebut Ladang Maut digambarkan amat mewah dilengkapi rumah kelab dan bar, kelengkapan hiburan karaoke.
Gambar dalam kawasan ladang Gadong,

 kawasan dalam Ladang Gadong ada Chalet, rumah kelab dan pejabat

Ini gambaran yang saya dapat dari akbar :

Gambar dalam kawasan Ladang Gadong

Semalam selepas media dibenarkan mendekati kawasan pintu masuk ladang berkenaan mendapati kawasan ladang itu :
Dipagar dengan tembok simen setinggi kira-kira 2 meter manakala pintu masuk utama dikawal menggunakan pagar kawalan automatik serta terdapat satu lagi pagar kira-kira 100 meter dari pintu utama ladang.

Suspek ada anjing ganas yang dibela bagi menjaga kawasan Ladang
Pintu masuk utama ladang itu turut tertera dua tanda amaran iaitu ‘Dilarang Masuk’ dan ‘Awas Anjing Ganas’.

Ada chalet dan rumah rehat
Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan menyerupai chalet, rumah pondok serta gazebo, rumah kelab selain beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam dipercayai untuk tanaman sirih di sepanjang laluan pintu masuk hadapan.

Kawasan Ladang Gadong dipercayai milik suspek utama menjadi tumpuan siasatan polis selain tiga sungai utama di kawasan berkenaan iaitu Sungai Kanchung Laut, Sungai Gelanggang Buaya dan Sungai Panchau yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan tulang mangsa, senjata pembunuhan dan barangan peribadi mangsa termasuk jam tangan serta telefon bimbit.

Semua sungai berkenaan terletak antara dua hingga lima kilometer dari ladang berkenaan.

 Sumber Harian Metro dan Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold