Kes Sosilawati Hilang: Saksi Lihat Sosilawati Beli Kuih Muih Hari Raya

Masih lagi berita tentang kes kehilangan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya, berita terkini melaporkan Sosilawati ada membeli kuih hari raya untuk pekerjanya di Banting.

Datuk Sosilawati Lawiya dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting di sini untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma sebelum dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Biodata Sosilawati :

Nama : Datuk Sosilawati Lawiya

Umur : 47 tahun
Tempat lahir: Seri Medan, Batu Pahat Johor
Anak : 4 perempuan dan 2 lelaki

Memulakan perniagaan Novelle Vissage pada tahun 90-an, syarikat beroperasi di Jln Raja Bot, Kuala Lumpur.
Produk kecantikan Nouvelles Vissages terdiri daripada produk penjagaan kulit seperti pembersih muka, krim kecantikan dan sebagainya.
Beliau mengembangkan rangkaian perniagaannya sehingga ke Brunei, Singapura dan Thailand serta mempunyai lebih 300 rangkaian stokis seluruh negara.
Pernah bekerja sebagai kerani dengan gaji RM400

Berkahwin pada usia 21 tahun (1984) dan bercerai pada usia 34 tahun 1994, pernah bernikah dengan penyanyi Nash pada 16 Nov 2006 dan bercerai pada tahun 2009.
Ditangkap khalwat pada 1 Januari 2010 tapi beliau mendakwa telah berkahwin secara senyap dengan pasanagnnya di luar negara

Sosilawati dikatakan mempunyai kekayaan bernilai 100juta

Lagi petikan berita

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise, kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu Khamis lalu.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

“Dari perbualan saya dengan Datuk (Sosilawati) ada beritahu kuih itu untuk kakitangannya, saya berbual kerana sebagai pekerja saya melayan Datuk selaku pelanggan.

“Lebih-lebih lagi saya pengguna produk kecantikan yang diasaskan Datuk iaitu Nouvelle Visages,” katanya yang menambah Sosilawati memakai baju warna merah jambu dan seluar jenis legging hitam ketika datang ke kedai itu.

Ina berkata, dalam perbualan itu, Sosilawati hanya memaklumkan beliau ada urusan perniagaan di pekan Banting.

Katanya, Sosilawati dan lelaki yang dipercayai peguamnya itu beredar dari kedai berkenaan dua jam kemudian.

Polis yakin akan menemui Sosilawati dan pihak polis sudah memdapat maklumat yang akan membawa pada penemuan Sosilawati.
Sumber: Bernama

p/s: Sama sama kita mendoakan yang baik baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kes Sosilawati Hilang: Saksi Lihat Sosilawati Beli Kuih Muih Hari Raya”

  1. HONEYBEE ANJELL says:

    amin…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold