Kes Jual Tanah Datuk Sosilawati Di Bukit Jambul Ialah Kes Jenayah Komersil

Media melaporkan hari ni kes jual beli tanah yang diuruskan oleh suspek pembunuh Datuk Sosilawati ialah kes jenayah komersil. Datuk Sosilawati yang berurusan dengan peguam K Patmanaban dalam jual beli tanah di Bukit Jambul Pulau Pinang tu antara 290 kes jenayah komersil melibatkan peguam. Selain tu ada lagi beberapa kes penipuan dalam penjualan rumah dan tanah melibatkan ramai lagi peguam di seluruh negara
yg telah ditahan dan disiasat.
Peguam yang arif dan bijak dalam undang-undang pun boleh menipu orang ramai kerana nak untung cepat. Peguam peguam yang terlibat dalam jenayah ni membuatkan orang ramai hilang kepercayaan. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Baca petikan berita ni lagi,

Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md Anvar, berkata polis sedang menyiasat kes jenayah komersial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.

Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah,” katanya di Bukit Aman di sini, hari ini.

Pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.
Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.
Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata, akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.
Beliau berkata, sehingga kini, 35 peguam ditahan di seluruh negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.

“Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada jam 8 pagi ini kerana dipercayai terbabit dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.

“Dia akan dituduh di mahkamah hari ini,” katanya.

Noryah berkata, daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.

“Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.

“Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu,” katanya.

Sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kes Jual Tanah Datuk Sosilawati Di Bukit Jambul Ialah Kes Jenayah Komersil”

  1. MamaYatie says:

    makin lama makin byk plak kes terbongkar yer..huhu..jahatnya mereka!!

  2. Shiela Latif says:

    alhamdulillah…akhirnyer peguam2 yang bermaharajalela menipu orang orang ramai pasal penjualan tanah terbongkar jugak..

    kat kampung2 lagi ramai yang kena tipu ngan peguam dan broker penipu nieh..

    kesian org kampung yang banyak tanah tergadai tak tentu pasal..

  3. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum..,

    Harapkan pagar, pagar langsung tak boleh diharap. Rosak punya pagar…

    Harta dan kekayaan boleh menjadikan manusia "sebaik-baik jin…". Bila dah ada peluang, nak aje mereka mengambil kesempatan dan memperdayakan mereka yang "kaya".

    Saya ada pengalaman berurusan dengan "bangsa-bangsa bersatu.." ini dan mereka memang "lidah bercabang, sama seperti bentuk tulisan mereka. Bila saya silap sikit, beria-ia mereka mengugut saya dgn bermacam macam perkara sehingga menyentuh hal2 sultan dan raja Melayu. Tapi bila mereka susah, takde orang nak bantu mereka, terhegeh-hegeh datang dan buat baik pada saya..

    Berhati-hati berurusan dengan sesiapapun terutamanya dengan…. dengan siapa..? anda fikirkanlah sendiri ya…

  4. caliph shuriken says:

    apabila yg bijak pandai tbabit dlm jenayah.. impak pasti amat buruk kpd masyarakat skeliling…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold