Kes Bunuh Sosilawati :Polis Bawa Suspek Ke Ladang Gadong Tanjung Sepat

Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.

Orang ramai dan wartawan menunggu di Ladang Ternakan Gadong, Tanjung Sepat, tempat penemuan mayat dibakar

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Video Lokasi Ladang Gadong


Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Terdapat spekulasi mayat mereka dibakar. Seorang sepupu Sosilawati, yang ditemui di rumahnya di Gombak, berkata polis ada menghubungi mereka tengah hari ini memaklumkan kemungkinan mayat jutawan itu ditemui di Tanjong Sepat.
“Mungkin kena buat DNA untuk sahkan itu mayat Datuk,” kata Elias yang enggan menyatakan nama penuhnya.
Bekas suami pertama Sosilawati yang dikenali sebagai Buhari dilihat memasuki rumah Sosilawati kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Sumber: Bernama

Terkini :

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Seorang remaja berusia 19 tahun antara lapan suspek ditahan berhubung kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bersamanya, dipercayai dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, turut ditahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya yang juga peguam, selain empat pekerja ladang milik Datuk berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kes Bunuh Sosilawati :Polis Bawa Suspek Ke Ladang Gadong Tanjung Sepat”

  1. Gayahspears says:

    tahziah kepada keluarga mangsa

  2. ecah says:

    innalillah..takziah buat keluarga mangsa.

    Polis Sahkan 4 Mayat yang Ditemui

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold