Kenapa Pilih iPhone4 , Berapa Harga iPhone4 di Malaysia?

Kenapa pilih iphone4 ye? Sebab jenama Apple yang memang terkenal di dunia maka orang pilih iphone4 berbanding jenama lain. Lagi pulak iphone sedang serang Malaysia sekarang, DG pun tengah buat promosi gempak habis.
Nuffnang pun buat contest nak menang iphone4. Seperti iklan yang sedang terpapar di blog blog korang semua. Memang demam iphone4 sekarang ni kan? Demam Blacberry dah kebah ni demam iPhone4 pulak. Blackberry pun tak boleh dapat lagi heheh…yg buleh dapat cume roti dgn krim blueberry je.

Meh cerita sikit pasal iphone4 ni 

iPhone 4g memiliki resolusi 640 x 960 pixel. skrin 3.5 inci dan  memiliki layar teknologi Retina yang di akui sangat menakjubkan, , teknologi FaceTime,  rakaman video HD, iOS4 dan penyuntingan video iMovie  terbaru.

Multi Tasking iPhone4 ni, kita boleh buka aplikasi aplikasi pada masa yang sama dan jangka hayat bateri pun masih tahan lama.

Kamera iphone masih 5 megapixel pada iphone4, kalau nak lawan dengan Nokia N8, N8 ada kamera 12megapixel. Nokia masih lagi unggul le kalau nak banding dari segi kamera ni.

iphone4 ni lebih ringan dari iphone 3g dulu (macam pernah pegang hehe) tak pernah pegang lagi cuma dapat info je ni. Ukuran 9.3mm.

Beza ketebalan iphone 4g dan 3g

iphone4 ada processor yg lebih laju sebab tu boleh buka macam2 aplikasi. Takde stuck2 punya le. Kuasa bateri pun masih jimat.

Face time pulak, iphone masih lagi pada tahap WiFi dan belum ada 3g.

Berapa harga iphone4 di Malaysia?
Apple iPhone 4 16GB (Black) – RM3,800
Apple iPhone 4 32GB (Black) – RM4,300

-anggaran harga RM3,000-3,080 (AP).

iPhone 4 dikeluarkan secara unlocked. Apa unlocked tu?
Maknanya iphone4 akan supports sebarang sim card. Penjual yang terdiri dari Maxis atau DiGi akan menukarkan simcard lama anda ke sim card terbaru yang berbentuk micro. Lebih kecil dari yang biasa untuk sesuaikan dengan iPhone 4.

Jadi bagi peminat jenama Apple dan iphone memang memilih iphone4 berbanding jenama lain kerana kehebatan ciri-ciri yang ada dalam iPhone4 tu sendiri seperti yg saya ceritakan tadi. Bagi yang mampu beli..harga tak jadi masalah kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold