Kabel TNB terbakar, jambatan Pulau Pinang Sesak Sejauh 10 km

Pagi tadi beratus ratus kenderaan sesak di atas jambatan Pulau Pinang,selepas kabel voltan tinggi TNB terbakar di Km 2 menghala ke Geogetown. Kejadian itu memaksa penutupan lorong kanan di kedua-dua arah menyebabkan trafik sesak sehingga 10 kilometer, selain kepulan asap hitam tebal menyebabkan pengguna berhati-hati.

Hingga pukul 3.30 petang, panjang barisan kenderaan yang menunggu untuk menggunakan feri di pulau telah melebihi dua kilometer .

Pihak TNB memberi jaminan bahawa tidak akan ada gangguan bekalan elektrik akibat daripada kejadian ini kerana negeri ini menerima sumber bekalan tenaga elektrik yang mencukupi.
Selain sumber tenaga dari Seberang Perai, negeri itu turut menerima bekalan dari stesen janakuasa di Gelugor dan di kawasan Juru.

Mengenai pembaikan kabel yang terbakar, TNB  mengambil masa membaiki kabel terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian yang pernah berlaku pada 1995 itu.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menambah perkhidmatan feri hari ini berikutan kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu.

PPSB memutuskan menambah sebuah lagi feri menjadikan enam feri beroperasi hari ini bagi mengurangkan kesesakan teruk di atas jambatan terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kabel TNB terbakar, jambatan Pulau Pinang Sesak Sejauh 10 km”

  1. Ir-Shah says:

    iskh2 mcm2 dok jadi nuhh…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold