Gambar Suspek Pembunuh Sosilawati dan Motif Pembunuhan


Terkini: Facebook Datuk K Pathmanabhan Nalliannen (Suspek utama pembunuhan Sosilawati )
Suspek paling dikehendaki dalam kes bunuh Sosilawati telah berjaya ditangkap bersama adiknya, dan beberapa lagi suspek yang ada kaitan dalam pembunuhan Datuk Sosilawati.
Lelaki yang juga peguam bergelar Datuk berusia 40-an  itu dipercayai pemilik ladang ternakan Gadong Tanjung Sepat.

Hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Gambar suspek ‘Datuk’ pembunuh Sosilawati dan tiga lagi lelaki bersama Sosilawati.

Gambar suspek utama pembunuh Sosilawati (kiri), suspek lain (kanan)

Lagi gambar suspek

Anggota Forensik mengumpul bahan bahan bukti dipercayai tulang mayat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

 Ladang Gadong tempat pembunuhan

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta.
Sumber :Berita Harian

Wartawan mendapatkan penjelasan dari anak sulung Sosilawati

Gambar Siti Nur Fatimah Buhari anak bongsu Sosilawati tak dapat menahan sedih, ditenang oleh kakaknya

Siti Fatimah Buhari ditenangkan oleh kakaknya

Gambar dari sumber Utusan Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Suspek Pembunuh Sosilawati dan Motif Pembunuhan”

  1. Keretapi says:

    sedih gila tengok anak dia menangis cam tu.

    haish tak dapat bayangkan kesedihan dia :(

  2. [...] letak link dalam entri tu untuk dilink dengan post yang berkaitan, seperti cara bunuh Sosilawati, Siapa pembunuh Sosilawati dan lain lain post yang berkaitan tajuk [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold