Gambar Suami Sosilawati Lawiya

Ahli perniagaan berusia 48 tahun yang berkahwin dengan Sosilawati menegaskan dia brkahwin bukan kerana harta. Dia mengenali Sosilawati sejak 10 tahun lalu dalam urusan perniaggan. Mereka berkahwin jugak atas dasar cinta dan beliau kurang menonjolkan diri di sebalik kejadian tragis tu kerana tak mahu orang salah anggap padanya.

Biasal le orang kalau nak tahu depa korek jugak jugak, lagi tak boleh yang tu depa nak tau sangat kan. Kalau tak da gambar lagi depa cari gambar nak tengok kan. Ni le gambar suami Sosilawi Lawiya yang misteri tu

Dapat kot sipi je…jadi la.. dah tuan punya badan tak bagi gambar penuh, kena le jaga privasi orang. Hampa tak puas hati ka?..hampa cari le lagi kot kot jumpa gambar penuh :)

Baca petikan berita

Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk mengambil kesempatan terhadap harta isteri dan keluarganya seperti tohmahan yang dilemparkan. Bagi saya, tiada lebih penting selain keharmonian keluarga dan anak-anak tiri saya,” kata suami Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang masih enggan identitinya didedahkan berkata, dia kurang menonjolkan diri di sebalik kematian tragis isterinya kerana tidak mahu orang tersalah anggap dan menuduh dia ingin mengambil harta jutawan wanita itu.

“Maklumlah perkahwinan saya dengannya masih baru, jadi orang mudah berprasangka terhadap saya. Insya-Allah, wang yang saya ada cukup untuk saya,”

Lelaki itu berkata, dia bernikah dengan jutawan kosmetik berkenaan pada November tahun lalu dan jarang mencampuri urusan perniagaan isterinya yang dipanggil dengan panggilan Wati.

“Saya sudah mengenali Wati 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum berkahwin dengannya, malah perkahwinan kami atas dasar cinta dan bukan seperti digembar-gemburkan masyarakat iaitu kerana harta atau sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa isterinya pada 26 Ogos lalu ketika menghantar Wati menghadiri perbicaraan mahkamah pada hari berkenaan dan sepanjang Ramadan lalu hanya dua kali mereka berbuka puasa bersama.

Katanya, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah supaya mengimamkan solat Maghrib ketika pertemuan terakhir mereka.

“Itu permintaan terakhirnya kepada saya sebelum dia dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seterusnya disahkan mati akibat dibunuh secara kejam hampir dua minggu kemudian,”

Ketika ditanya mengenai perniagaannya, beliau yang berstatus duda beranak tiga sebelum berkahwin dengan Sosilawati berkata, dia terbabit perniagaan import dan eksport, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perniagaannya.

Beliau amat berharap orang ramai tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan ke atasnya dan menghormati privasinya serta pendiriannya untuk tidak mahu identitinya didedahkan.

“Sebelum ini, saya bukan mengelak daripada media, tapi saya risau soalan yang diajukan kepada saya akan mengganggu siasatan polis. Namun, saya kecewa apabila ada yang membuat tohmahan mengaitkan saya dengan kematian Wati.

“Untuk makluman, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan siasatan polis setakat ini membuktikan saya tidak terbabit kes ini,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia juga berpuas hati dengan siasatan polis dan memuji kemampuan polis melakukan siasatan dalam masa singkat sebelum menahan suspek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Suami Sosilawati Lawiya”

  1. Solihin Zubir says:

    lorh.. gambaq kot blakang ja? hehehe.. gud job! :D

  2. ~~Ciklinn~~ says:

    haitsss sekerat jerk

  3. aYaz says:

    rahsia sungguh…
    dpt tgk blkg je,huhu…

  4. suzzsuzie says:

    dh macam gmbar filem God of Gambler…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold