Gambar Kubu Besar Ladang Gadong Lokasi Baru Mayat

Lokasi baru ialah sekitar kubu besar di dalam Ladang Gadong tempat pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi lelaki.
Polis masih memerlukan masa untuk membuat siasatan dan pihak media perlu le beri ruang kepada pihak polis dalam siasatan.
Lokasi baru di sekitar Banting telah dijumpai dan pihak polis percaya ada kaitan dengan suspek yang membuang mayat – mayat mangsa bunuh dan hilang di kawasan tu.

Baca lagi petikan berita ni:

Kubu Ladang Gadong

Dalam Ladang Gadong

Kertas siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan dibincangkan dengan Peguam Negara dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.

“Kami akan berbincang dengan pihak Peguam Negara sekiranya ada perkara lain yang perlu disiasat lagi bagi memastikan kertas siasatan berkenaan benar-benar lengkap sepenuhnya,” katanya semalam.

Sambil menyifatkan perkembangan siasatan kes berkenaan sebagai ‘positif’, Mohd Bakri menjelaskan beberapa lokasi baru di sekitar Banting turut diperiksa kerana dipercayai menjadi lokasi suspek membuang mayat mangsa lain.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan lokasi baru berkenaan dan meminta media memberi ruang dan masa kepada polis menjalankan siasatan menyeluruh.

Katanya, polis masih menunggu keputusan ujian DNA yang akan disertakan dalam kertas siasatan berkenaan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Keputusan lengkap ujian DNA diketahui sebaik semua spesimen dan bukti di lokasi kejadian dianalisis makmal forensik,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, semalam.

Sumber : Hmetro online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold