Gambar Cucu Chef Wan , Anak Serina Baru Lahir

Ni le gambar cucu Chef Wan, anak Serina yang baru lahir pada hari Isnin lalu. Serina dapat anak lelaki bernama Tristan Tarees O’luanaigh, payah gak nak sebut nama anak Serina ni ek.

Serina Redzuawan, 26, yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kilogram dan beketinggian 51 cm pada 6.13 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin. Pengalaman melahirkan Tristan Tareef O’luanaigh lebih awal tiga minggu adalah menyeronokkan.
Katanya, nama bayi itu dalam bahasa Arab bermaksud ‘lain dari yang lain’.
“Selalunya orang kata bersalin itu sakit, menakutkan dan macam-macam lagi. Bagi saya, bersalin adalah satu pengorbanan oleh seorang ibu.

Chef Wan dan cucu
anak Serina Chef Wan, Tristan Taareef O’Luanaigh

Malah Serina berkata pengalaman bersalinnya turut mencetuskan satu keajaiban kerana dia boleh berjalan selepas sejam bersalin.
Dia menyifatkannya sebagai satu rahmat kerana proses bersalinnya adalah senang dan dia turut pulih segera selepas itu.

“Ini kerana mungkin saya aktif semasa mengandung dengan membuat kuih raya dan berniaga,” jelasnya.
Serina memberitahu dia akan berpantang di rumah ayahnya selama 44 hari.
Sementara itu, suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, berkata, dia teruja menimang cahaya mata dan langsung tidak sangka anaknya dilahirkan tiga minggu lebih awal.
Katanya, doktor menjangkakan bayi itu dilahirkan pada awal Oktober.

Sumber : Mstar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Gambar Cucu Chef Wan , Anak Serina Baru Lahir”

  1. diana says:

    payah nye nak nyebut..
    memang lain dari yang lain..
    tahniah untuk serina..

  2. aSmiDar says:

    lahai comelnya..
    nma pon cangih…

    gembira atuk wan kita…
    hehe

  3. asLeenda says:

    terbelit lidah nk menyebut name baby tu..haiii..macam2..:)

  4. Lia Edwin says:

    dh beruban chef wan…

  5. mis dulces says:

    waaa..comelnyer…tahniah buat serina dan husband..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold