Drama Chinta Slot Akasia Tv3, Sinopsis Drama Chinta

Drama Chinta yang bakal menemui penonton pada hujung September ni dalam  slot Akasia yang baru di TV3 selepas habis drama Epilog Syurga Cinta. Pelakon utama drama Chinta ialah Fasha Sandha. Laku lagi Fasha Sandha ek. Fasha Sandha ni mudah menangis so, cerita ni mesti ada air mata berlenang lenang ni.
Macam biasa masa tayangan setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Sinopsis Drama Chinta Slot Akasia TV3


Mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik bernama Chinta (Fasha Sandha) dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri l(akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

 Apa kata Fasha :

Meskipun terpaksa bertarung dengan kemelut rasa takut dan risau yang tak pernah lekang daripada fikirannya, Chinta adalah sesuatu yang baru untuk lapangan lakonan Fasha.

“Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

Viddeo Promo Drama Chinta Slot Akasia TV3


“Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum,” kata Fasha Sandha.

Drama popular seperti Asmaradana, Bella dan Na-O-Mei iaitu Jalena Rejab, Chinta bakal menghidangkan satu rencah istimewa kepada penonton setia TV3 selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Kata penerbit drama ni :
“Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold