Datuk Sosilawati Hilang Bersama RM4 Juta, Cetus Misteri

Datuk Sosilawati Lawiya yg jugak ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Novelle Vissage hilang bersama 3 individu lagi, berita mengejutkan ini dalam Buletin Utama Tv3 td, dan  kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang.

Datuk Sosilawati bekas isteri pennyanyi Nash ni keluar untuk urusan perniagaan selama 3 hari tapi belum pulang sejak 30hb Ogos lalu dan sekarang dah seminggu belum mendapat apa -apa berita. Individu yang hilang bersama Datuk Sosilawati ialah peguam, pegawai bank dan pemandunya.

Berita Terbaru: Kereta Sosilawati Ditemui

Mereka dikatakan pergi ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan bagi membincangkan projek baru dan lebih misteri sejak 30hb Ogos itu mereka tak ditemui hingga hari ini.

Polis pun belum menerima sebarang maklumat tentang tuntutan wang tebusan atau ugutan yang diterima dari pihak keluarga Datuk Sosilawati.

Update:

Selepas Datuk Sosilawati meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Wang tu masih belum dipastikan sama ada tunai atau pun dalam bentuk cek.
Sumber: Kosmo dan Utusan

Memang mengejutkan berita tentang kehilangan ahli perniagaan ni ..bukan dia seorang saja yang hilang tapi ada 3 lagi yg hilang bersama dia. Adakah kes culik, rompakan atau….? Misteri misteri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Datuk Sosilawati Hilang Bersama RM4 Juta, Cetus Misteri”

  1. Bella Enveeus says:

    culik atau kemalangan? :(

  2. Hariz says:

    kehidupan orang kaya… hehee..
    rasanya kes penculikan kot…

  3. diana says:

    ada duit susah..
    tak de duit pun susah..

  4. nabilah says:

    biar betul kena culik….

  5. daboo® says:

    ish, bahayalah sekarang neh.

  6. amira says:

    macam kena culik je.. RM 4 juta kot

  7. ojah says:

    huishh harap dia selamat la.. skrg ni mcm2 boleh jadi sebab $$$

  8. Cengkih78 says:

    salam,

    dah ler dekat nak raya, mesti hati anak2 risau dan sedih. takder org yg ingin aper2 buruk terjadi pd yg tersayang, tambah2 menjelang syawal. harap2 takdr yg buruk berlaku. pulanglah sosilawati ooooiii.

    tapi kalu hilang kesemuanya..ada kemungkinan – culik/eksiden

    banting tu ader tempat yg tersorok gak, org eksiden blh tak nampak oo

    harap anak2 sosilawati tabah dan terus berdoa

  9. Syukie says:

    4 juta…bnyk tu
    aduhhh!!!

  10. admin says:

    sebenarnya ada hikmahnya berlakunya kes bunuh ini
    akhirnya tertangkapnya penjenah kejam yang masih bebas sebelum ini
    kronologi lengkap yang aku rasa lengkap ada kat sini
    disebbakan mangsa well known
    http://beritasemasa.com/berita-kes-datuk-sosilawati-mati-dibunuh-terkini
    al-fatihah untuk keluarga mangsa

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold