Cukai Kad Kredit RM50 Hapus atau Tak?

Dalam bajet 2010 lalu, Perdana Menteri umum cukai kad kredit RM50 dikenakan kepada pengguna kad kredit dan RM25 atas kad kredit tambahan.  Ramai yang tak setuju, mestilah orang tak setuju tambah tambah pengguna kad kredit.
Kenapa orang tak setuju? sebab tak semua pemegang kad kredit tu orang kaya, orang elit, ramai pengguna kad kredit terdiri daripada golongan pendapatan sederhana.

Mesti ada jugak soalan, kenapa dah gaji sikit galak nak pakai kad kredit, nak berlagak ke nak menunjuk ke? ohhh!! jangan berfikiran sempit ye, penggunaan kad kredit bukan untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk. Bagi yang benar benar bijak menggunakan kad kredit mesti rasa amat senang menggunakannya.

Itulah trend perbelanjaan masa kini zaman sekarang. Rata-rata takut nak bawa wang tunai secara banyak, lihat saja kes ragut sekarang.
Pilih untuk guna kad kredit lagi selamat dan mudah. Apabila pengguna kad kredit dibebankan dengan cukai yang tinggi, adil ke?

Rasanya kalau kerajaan tak nak hapuskan langsung cukai kad kredit tu mungkin turunkan kadar cukai tu supata tak membebankan. Ye la kalau dah kerajaan anggap mengenakan cukai nak elak orang supaya berjimat cermat dalam berbelanja, supaya orang tak ghairah nak guna banyak kad kredit, cukai tu boleh kot bagi kurang sikit.

Tunggu je le nanti apa pengumuman dalam bajet 2011 tentang cukai kad kredit tu, hapus atau tak? cukai  kurang atau tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Cukai Kad Kredit RM50 Hapus atau Tak?”

  1. Hariz says:

    Huh? Lebih baik pakai cash kan sis? kad kredit byk impak negatif

    New Entry ProfHariz
    Video Klip Kutuk Namewee Rasis?

  2. nuriz says:

    ada jugak yg pakai cash tapi boros heheh, terpulang kepada sikap dan kebijaksanaan masing2

  3. nur says:

    teringin jugak nak pakai tapi kene ban.. haha.. nnt muflis plak..

  4. Nobita Sensei says:

    hapuskan terus kad kredit~

  5. Pirate KL says:

    biasanya org akan tersalah langkah bila pakai kade kredit. terjerat leher bagai. Pirate pun pernah rsaer gaks hurmmmm

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold