Berapa Jumlah Mangsa Bunuh di Ladang Gadong

Sejak kes bunuh Datuk Sosilawati, ada beberapa lagi kes orang hilang yang dipercayai ada kaitan dengan suspek utama, K Patmanaban. Namun polis tidak lagi mendedahkan secara jelasb berapa jumlah ke semua mangsa dan kes bunuh di Ladang Gadong atau Ladang maut tu.
Kes yang sering disebut sebut ialah kes hilang kontraktor Shafik Abdullah, kes hilang jutawan India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Januari lalu, dan perempuan India yang dikatakan teman wanita suspek (K. Patmanaban) datang dari India yg jugak hilang.
  
Petikan berita:

Polis tidak akan mendedahkan jumlah mangsa atau kes orang hilang yang membabitkan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, sehingga siasatan menyeluruh selesai dilakukan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, selain kes pembunuhan Sosilawati serta tiga individu, siasatan masih diteruskan tentang kemungkinan wujud mangsa-mangsa lain.

“Hari ini saya tidak mahu mengesahkan apa-apa. Usaha yang dijalankan itu lebih penting. Apabila sudah dapat bukti dan fakta, baru kita beritahu,” katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Beliau diminta mengesahkan jumlah kematian dan kes kehilangan individu yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan kejam itu.
Sehubungan itu, Ismail meminta media tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan laporan berita berbentuk spekulasi berhubung kes pembunuhan tersebut kerana siasatan masih dijalankan.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis telah menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold