Anggaran harta Sosilawati, 150 Juta, Wasiat Sosilawati

Sosilawati meninggalkan harta lebih 150 juta, begitu le yg Nuriz baca dalam harian Metro tadi, dan Datuk Sosilawati ada hasrat nak buat wasiat untuk anak-anaknya tapi tak kesampaian. Maklumat tu disampaikan oleh peguam peribadinya kepada media.
Sosilawati cuma memberiahu secara lisan je yang dia nak bagi semua harta-harta kepada anak-anaknya dan dia tak percaya kepada sesiapa selain anak-anaknya.

Selain mencebur diri dala produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Visages membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.  

 Anggaran harta Sosilawati:-
 Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta

Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala

Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan
di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta  Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta

 Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta

 Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta

Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta

 Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta

JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Kata peguam peribadinya lagi,  
Kenyataan tentang wasiat harta Sosilawati tu Ia boleh diibaratkan sebagai kenyataan secara lisan. Malah isu mengenai harta pusaka ini boleh berbalik kepada hukum syarak mengikut sisi perundangan.

“Bagi orang Islam, wasiat digunakan untuk memudahkan segala urusan dan mengelak kerumitan. Bagaimanapun, dalam situasi ini mungkin sistem fara’id diberi keutamaan terhadap pembahagian harta pusaka arwah,”.

Sumber berita dari Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold