Ada Bonus 2 Bulan Gaji Dalam Bajet 2011?

Bajet 2011 semakin dekat ni, 15hb Oktober Perdana Menteri akan bentangkan Bajet 2011. Selalunya kakitangan awam dan orang ramai tertumpu kepada pengumumam kenaikan gaji kakitangan awam, imbuhan tambahan atau bonus 2 bulan gaji. Ada ke tak bonus 2 bulan gaji ni? :)
 Apa lagi tumpuan rakyat Malaysia, mungkin pengurangan faedah kad kredit, kurangkan faedah pinjaman perumahan atau pelepasan cukai?

Kos sara hidup semakin tinggi, kenaikan harga barang dan bagaimana penduduk yang berpendapatan rendah nak menguruskan kewangan mereka. Mestilah kakitangan awan menanti nanti berita baik dari bajet 2011.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berharap permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi. Katanya ekonomi dah pulih mungkin kerajaan dapat beri bonus tahunan pulak.
Doa-doakan le kot kot Pak Najib bagi bonus 2 bulan gaji untuk bajet 2011 ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Ada Bonus 2 Bulan Gaji Dalam Bajet 2011?”

  1. Pencacai Alim says:

    harap2 camtula..

  2. sarah-najwan says:

    alhamdulillah jika dapat..

  3. Kay Huliana says:

    best la org keje gomen, bonus dpt sentiasa.. huhu

  4. aimaniman says:

    ader ker bonus tue ker mimpi jerk…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold