Tarikh 16 September Sebagai Cuti Umum Mulai Tahun 2010

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun 2010, tarikh 16 Sept adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 Nov 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951.
Pekerja yang bekerja pada 16 September iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar. 

Hari 16 September begitu penting dan rakyat Malaysia perlu tahu sejarah dalam tarikh tersebut, bukan sekadar seronok dapat cuti umum.

Sejarah pembentukan Malaysia:

Pada 16hb September berlaku penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang.Pembentukan Malaysia ni direalisasikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.
Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai persetujuan mengenai negerinya

Pembentukan Malaysia yang mendapat tentangan negara luar:

Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera.
Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden slogan “Ganyang Malaysia”.
Ramai jugak nyawa yang terkorban dalam serangan di beberapa tempat dalam tempoh 3 tahun tu. Rakyat Malaysia di Duta Besar Indonesia pun turut terancam

Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan.
Konfrantasi itu berterusan hingga wujud perjanjian damai pada tahun 1966.

Penubuhan Malaysia:
Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diistiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.
Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka dihadapan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Tarikh 16 September Sebagai Cuti Umum Mulai Tahun 2010”

  1. Hasrol Nizam says:

    tak ramai yang tahu sejarah ni.. :D

    Pendapat anda?
    Awak, boleh pakai purdah tak?

  2. miszTERRA_SF_ says:

    yeayy.. sy memang cuti pon 16hb neh.. ley dk kg n ry lm2.. suke :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold