Sultan Selangor Murka Kes Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching Masuk Surau

Satu kenyataan media hari ini berkata tindakan Teo Nie Chine  itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.MAIS pulak telah menghantar surat amaran kepada ahli Parlimen Serdang tu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Ruang dan saf solat adalah tempat beribadat dan suci, tak eloklah nak berpolitik dan membawa masuk orang bukan Islam, dikhuatiri ada hadas besar. Kalau di luar surau tu lain le cerita. Banyak lagi tempat kalau setakat nak bagi ucapan, derma atau mengadakan jamuan tanpa perlu ada aktiviti politik dan membenarkan orang bukan Islam masuk ke ruang solat.

Sultan jugak telah mengarahkan MAIS supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

 Petikan berita lagi


MAIS memandang serius isu terbabit kerana ia adalah kes kedua seumpamanya membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor.
Pada Ogos tahun lalu, Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang, sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penganut beragama Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib berkata MAIS membuat keputusan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran surau terbabit serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan.

“MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor,” katanya. – BERNAMA



k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sultan Selangor Murka Kes Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching Masuk Surau”

  1. diana says:

    apesal orang2
    surau tu bodoh sangat..
    nampak duit je
    terus gelap mata hati
    agak nye..

  2. CikTin says:

    ish3.sampai begitu sekali permainan politik.

  3. Messygal says:

    hooo…mmg patut pn sultan murka..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold