Sinopsis Syurgamu Ramadhan, TV3 Samarinda

Slot Samarinda Syurgamu Ramadhan di TV3, lagi drama baru terbitan Radius One untuk peminat drama TV3 dalam 10hb Ogos ni. Nasib baik Samarinda pukul 10.00malam, lepas terawih sempat le tengok jadi tak payah le nak ponteng pi terawih hanya sebab nak tengok drama.

Pelakon utama dalam drama Syurgamu Ramadhan ni ialah Elly Suriati, Eira Syazira, Zarina Af, dan pelakon


baru yang tak berapa nak kenal sangat. Elly Suriati kalau berlakon memang hebat kan, harap harap drama ni ok le, tapi kebanyakan drama terbitan radius one ni semua bagus bagus semua kan.

Sinopsis Cerita Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati sebagai Datuk Halimatun telah memutuskan hubungan dengan Marlia (Eira)sebab Marlia lari pada malam akad nikah. Marlia berkahwin dengan seorang pendatang dan menolak pilihan ibunya.
Lepas berbelas tahun ,Marlia dan Budi telah mati akibat kemalangan dan tinggal le 5 org anak yang yatim piatu.Yassin adik Marlia telah membawa pulang anak anak saudaranya ke rumah menjelang Ramadhan, adakah nenek mereka akan melayan cucu cucunya dengan baik ? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sinopsis Syurgamu Ramadhan, TV3 Samarinda”

  1. AiDa AzRyN says:

    cam best je cte ni.. hmm

  2. diana says:

    biase nye samarinda
    memang saye tak minat drama2 nye..
    macam bosan jek..
    harap 2 yang ni best,,

  3. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum…

    Kebanyakkan dan selalunya cerita / drama di masa2 stesyen TV walaupun menggunakan jalan cerita bertemakan keIslaman, namun di dalamnya masih lagi memaparkan unsur2 maksiat. Walaupun watak antara anak perempuan dengan bapa, anak lelaki dengan ibu, suami isteri, adik beradik, tapi pada hakikat sebenarnya ramai antara mereka bukan mempunyai tali persaudaraan / kekeluargaan.

    Ini menunjukkan di luar filem masih ada lagi yang rasa tidak selesa dan marah bila lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya bersentuhan, namun seolah-olah dihalalkan yang haram di dalam drama dan filem.

    Ada pengarah/penerbit drama yg agak popular, yang berkeluarga, mempunyai anak seperti bangga dengan lakonannya yang sentiasa mempunyai adegan memeluk anak dara,isteri orang atau lain2 status pelakon perempuan yg dipeluknya. Ini bukan contoh yg baik pada keluarga dan anaknya..! Buat drama bukan mempromosikan kehidupan Islam, sebaliknya perkara yg diharamkan Allah S.W.T

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold