Sinopsis Sinetron Safa dan Marwah, Astro Prima

Safa dan Marwah ialah drama sinetron dari Seberang lagi. Ditayangkan di Astro Prima jam 2.00 petang.. Sinopsis yg dapat lebih kurang macam ni ye, Safa lakonan Risty Tagor ialah seorang gadis cantik tapi agak tomboy sikit dan baik hati. Safa tinggal dengan ibunya di perkampungan nelayan dan dia sebenarnya tak tahu yang ibunya, Siti tu bukan ibu kandung. Safa cuma tahu yang perlu menemukan adik dengan ibunya kerana dah lama terpisah.

Ok Marwah pulak ialah gadis yang lemah lembut, cantik, baik hati, solehah dan kaya pulak berbeza sangat perangai dgn Safa tadi. Marwah tingggal dengan keluarga yang jugak bukan keluarga kandungnya.

Dipendekkan cerita Safa telah pindah ke Jakarta dan mendapat biasiswa untuk belajar di sana. Di kampus tu Safa bertemu dengan Marwah dan mereka jadi kawak karib. Mereka saling kagum mengagumi, Safa suka sikap Marwah yang baik hati dan solehah, suka menolong org tua, dan Marwah suka sikap Safa yang ikhlas, rajin menolong mengajar mengaji di masjid.

Ibu Safa telah sempat bertemu dgn Marwah dan hatinya berdebar debar bila berjumpa dengan Marwah. Adakah Marwah tu anak kandung Siti (ibu angkat Safa)?

Safa dan Marwah juga telah jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Adil. Adil ialah pelajar contoh dan sangat popular di kampus. Mereka berdua takut nak meluahkan perasaan kepada Adil.

Cerita seterusnya kena tengok di Astro atau pun di You tube. Dah banyak link kat You tube, hampir lengkap satu daram tu..sebab di Indonesia dah tayang sejak tahun lepas lagi cite ni.

Pelakon dalam drama Safa dan Marwah:
Risty Tagor sebagai Safa
Mieke Amalia sebagai Siti
Nikita Willy sebagai Marwah
Umar Lubis sebagai Zainal
Inggrid Kansil sebagai Ratih
Rionaldo Stockhorst sebagai Ilham
Riza Shahab sebagai Adil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sinopsis Sinetron Safa dan Marwah, Astro Prima”

  1. the exoticas says:

    hari tuu tk sabar nak tengok drama ni. tiba2 terlupa pulak. thnks yeahh :)

  2. Ramlah87 says:

    kenape part 72 episod safa dan marwah tidak ada kat youtube?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold