Shopping Online Dengan MOL Paypal Lebih Selamat dan Mudah

Sperti membeli kad prepaid atau kad pra bayar di kedai 7 eleven, kini ada satu kad pra bayar yang baru diperkenalkan kepada kaki kaki shopping online, kaki pemain game online dan yang pernah menggunakan Pay Pal untuk membeli secara online.
Kad tu ialah MOL PayPal, usaha sama MOL dan PayPal maka terhasil satu kad pra bayar yang diisukan di EON Bank.

Nak shopping online dulu kena ada akaun PayPal untuk membeli dan membayar cara mudah dan selamat,
Memeningkan kepala jugak bila kita kena ada kad kredit baru boleh buka akaun di PayPal.
Student student yang nak shopping online tapi tak ada kad kredit, mestilah rasa hampa kan?

Sekarang boleh guna kad debit yang agak popular iaitu ; Maybankard Visa Debit, EonCAP Islamic Debit Mastercard dan Public Bank Visa Debit Card..dan terbaru yang saya nak share sini ialah

kad pra bayar digital yang baru ni MOL PayPal, pemegang kad ni boleh menambah mata jika membeli permainan, produk dan perkhidmatan TANPA KAD KREDIT secara online.

Ciri ciri keselamatan yang terjamin, 
Pengguna tidak perlu memasukkan maklumat kewangan setiap kali membeli-belah secara dalam talian.
Itu yang penting bila kita berurusan secara online dan melibatkan maklumat akaun dan perbankan kadang-kadang buat kita rasa ragu ragu.

Polisi Perlindungan Pembeli PayPal :
Menyediakan pulangan semula sepenuhnya untuk barangan yang dibeli tetapi tidak diterima pelanggan.

 Cara nak dapatkan kad MOL PayPal:
Boleh didapati di lebih 1,100 buah kedai serbaneka 7-Eleven pada harga RM15 di seluruh negara
atau dipohon secara dalam talian di www.PayPal-MOL.com dan
boleh diambil di cawangan EON Bank selepas permohonan diluluskan.

Kebaikannya mudah dan cepat, keburukannya, mungkin bagi pelajar pelajar sekolah yang boleh dapat mudah kad ni hanya di 7 eleven dan yang ketagih menghabiskan bermain game secara online, kalau tak dikawal oleh ibu bapa, boleh jadi satu masalah pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Shopping Online Dengan MOL Paypal Lebih Selamat dan Mudah”

  1. iZ7uDDin sHaH says:

    Salam.
    Saya pun baru je dapatkan kad digital ni. kalau org tanya tak tau nak panggil kad apa… Dah mohon cuma tunggu kelulusan. Saya terus beli bila dengar pasal kad ni. Sebab saya pun mmg tiada kad kredit, cuma saya bukan kaki 'games' yer. agak mudah drpd guna kad debit Maybank saya tu.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold