Seks Dalam Kereta di Bulan Puasa

Memalukan dan menjijikkan, bila di bulan puasa ni masih ada pondan dan pelacur yang buat kerja kotor ni, menawarkan seks dalam kereta di tengah malam dan sampai lewat pagi di sekitar Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kejadian ni dilaporkan oleh wartawan Berita Harian.
Dulu kawasan paling panas menjadi port port si pondan dan pelacur ni ialah di belakang stesten KTMB, bila kawasan stesen keretapi tu sedang dalam pembinaan untuk landasan elektrik berkembar, puak puak pondan dan pelacur dah tak da port jadi beralih la ke Stadium Darulaman pulak.

Kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal.

Dipercayai mereka yang terlibat  beragama Islam, sikit pun tak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.
Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang.

Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ. Kalau tak buat seks di situ, mereka akan dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu untuk melakukan hubungan seks.

Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melepaskan nafsu di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama lepas tu akan kembali semula ke situ.

Pelacur ni mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.
Sebelum ini bilangan pelacur dan pondan yang mencari makan di situ tidak ramai, tetapi sejak Ramadan ini jumlahnya meningkat dipercayai berikutan kehadiran ramai pengunjung di bazar lewat pagi di situ.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Khairudin Zin ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai gejala yang menjijikkan itu dan akan mengadakan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Seks Dalam Kereta di Bulan Puasa”

  1. ! .MiE. ! says:

    sy kan
    dah banyak kali kena kcau2 puak2 pondan ngan pelacur kt situ cz
    rjn p uptown kan
    lepak2 so lalu kot 2
    nmpak ark

  2. Salmia says:

    isk isk… siang puasa, mlm buat maksiat.. eh, puasa ker diorang? hahaha

  3. P0cAhoNta$ says:

    Akan??? Sepatutnya sudah atau sedang melakukan operasi since perkara ini bukan baru, cuma tak diendahkan jer..

  4. ain shalalala says:

    astaghfirullah..pe la nk jd kan..org bulan puasa bertaubat..ni makin menjadi2 lak..sama2 la doakan agar kita terhindar dan moga2 mereka insaf

  5. Marvin says:

    masaalah nie mmg susah nak diselesaikan, nafsu tetap nafsu, itu mmg tabiat manusia.

  6. Danial Ikhwan Jaafar says:

    marilah kita memastikan diri kita dan keluarga kita tidak terjebak dalam benda2 macam ini..

  7. belalang hijau says:

    teruk betul…
    x hormat bulan yg mulia nih…

  8. -NiD's- says:

    gamak nyaa merekap menOdai bulan muLia nie….aduhai, kalau ALLAH turun kan baLa gara-gara sikap merEka nie…..bukan mereka jaa nak rasa, SEMUA akan merasa keazaban drNYA!!!!!!
    dunia akhir zaman….enJoy jaa ngan dunia..lupa suda neGERI ABADI camGiniklaa jadiknYA…

  9. the exoticas says:

    astaghfirullahalazim~

  10. White Bird says:

    manusia makin lupa istilah halal haram

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold