Restoran Malaysia Negara ku Cuma Bayar RM2

Restoran Malaysia Negara Ku yang bertempat di Seksyen 7 Shah Alam mengenakan harga RM2 bagi setiap seorang yang makan di restoran tu. Tak pecaye? Saya pun tak pecaye! Murah… sangat murah, di dunia zaman moden ni mana nak dapat nasi dan lauk dengan RM2. Harga teh tarik pun dah RM1.30.

Harga makanan RM2 ni cuma hanya untuk warganegara Malaysia saja, sapa nak makan kena tunjuk Mykad dulu. Bagi bukan warganegara depa kena le bayar RM6 seorang. Menu yang boleh dapat ialah ulam, nasi, lauk 3, 4 jenis, segelas air. Bagi student student yang nak jimat tu tambah tambah kat area Shah Alam, tak payah le nak ikat perut pas ni, pi je makan kat restoran Malaysia Negara Ku (jangan takut tak payah menyanyi lagu negaraku heheh..!!) Restoran ni dekat balai polis Seksyen 7 Shah Alam.

Lagi satu yang unik tentang restoran ni ialah..


pelanggan boleh ambil makanan sendiri, lepas tu kena basuh pinggan masing masing selepas makan..hehehe padan le kan…dah makan murah, basuh le sendiri pinggan. Orang berbudi kita berbahasa.
Teringat masa pi BTN dulu, lepas makan semua orang kena basuh pinggan, macam duk asrama le ni, mengajar orang berdisiplin..bukan payah sangat nak basuh pinggan sendiri.

Tuan punya restoran tu Datuk Zainal Abidin Awang Kechik membuka restoran tu untuk orang ramai yang tak mampu. Beliau dah lama dalam bidang industri makanan dan dia ada 5 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara.
Inilah contoh usahawan yang tak mengira keuntungan semata mata, tetapi mahu berbakti jugak pada negara tanpa takut rugi. Sesuai dengan kempen 1Malaysia, ni lah semangat 1Malaysia. Semua orang boleh pi makan kat restoran tu tak kira dia sokong parti politik apa, dia bangsa apa atau pun agama apa. Nama restoran pun penuh patriotik Restoran Malaysia Negara Ku. Belum ada lagi anak Malaysia yang buat macam ni kan.

Sumber:Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Restoran Malaysia Negara ku Cuma Bayar RM2”

  1. Nour Eyza says:

    sangat berminat dengar restoran macam ni..
    dah la murah..makanan malaysia lak kan..
    saya ni student yang tengah sengkek ni..
    skrg kat uitm shah alam..
    dekat seksyen 7 gak..
    boleh detailkan kat mane kedai ni?

  2. mytrajet74 says:

    mmg menarik le restoran ni…satu hari nak gi sana try camner…tq for the info…

  3. nuriz says:

    ni orang kedah nak habaq kat mana restoran tu hehe..dlm sinar harian kata..dekat balai polis seksyen 7 shah alam..senang kot cari

  4. atty's says:

    bagus lah ..semoga datuk bertambah murah rezeki ..
    tapi suka konsep .lepas makan basuh pinggan sendiri..

  5. AngahSayang2314 says:

    salam ramadhan

    angah ada baca kisah nie gak memang betul free org kata kan???

  6. Gen Fujita says:

    uih murah tu. agaknya kalau bukak puasa kat situ pun sama gak ke?

  7. MissXYZ a.k.a Abaikan says:

    wah teringin gak nk pi hu3 mse study shah alam dlu xde la plak hehehe

  8. daisy says:

    wow…
    best tu~

  9. sayatasha says:

    best tu…kalau dkat dgn kampus tasha tiap2 hari buka kat sane..heheh…xpela kene basuh pinggan sendiri…tak susah pown..

  10. lAl says:

    Berniaga Ikhlas cmni la senang… Pelanggan ramai, berkat pon banyak…. Insyaallah..

  11. nosembilanbelas says:

    eh..ini bukan ke restoran yang bagi makan free dulu tue… ada pernah sekali satu rombongan bas datang..semua orang dalam bas dapat makan free…
    btw…boleh gie makan gak..T_T

  12. nuriz says:

    oh ye ke penah bagi makan free..emm bagus le tu skrg bagi makan murah

  13. Iman's Umi says:

    Pttla smlm hubby tetiba je ckp nk g mkn kt restoran RM2…sy trerkejut cam x caya, dia kata kt S. Alam, aduh jenuhla mkn jem dlu sblm smpi.

  14. Afra Yuri says:

    special for malaysian ey? cool!

  15. Hash Mask Team says:

    hohohoho, dlu iye lar amik sndri..
    skrang ada org tunggu kat bhgian lauk2…bru gak ar dia tuka.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold