Proton bagi diskaun 50 % Servis Kereta Balik Raya

Berita baik bagi pemilik kenderaan Proton, Proton bagi diskaun 50% bagi caj selenggara atau servis kereta di pusat servis Proton yang diiktiraf di seluruh negara. Nak balik kampung, kereta kena le servis, nak elak sebarang kecemasan dan kerosakan nanti. Takut tak sempat sampai ke kampung, kereta dan rosak tengah jalan.
Sempena Aidilfitri ni proton dah bagi diskaun so tunggu apa lagi, pi le servis kereta, mana yang rosak, diganti dengan alat ganti tulen baru le terjamin  dan selamat nak memandu. 

                                                     Gambar hiasan : Jom balik kampug raya :)

Jurucakap Pusat Servis Proton di Glenmarie, Shah Alam ketika dihubungi berkata, promosi bermula sejak Selasa lepas sehingga 1 Syawal ini dan ditawarkan di semua pusat servis Proton yang diiktiraf di seluruh negara.
Diskaun turut ditawarkan pengeluar kenderaan Jepun, Honda menerusi kempen 3S Honda yang telah berlangsung sejak 1 Julai lepas dan berakhir 30 September ini.
Honda dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara lain promosi menawarkan penjimatan sehingga 25 peratus untuk alat ganti bagi pelanggan sedia ada, selain memberi baucar kepada mereka yang membelanjakan lebih RM300 di semua pusat servisnya.
Tidak ketinggalan pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai, yang memulakan kempen servisnya sejak Jumaat lepas sehingga 1 Syawal ini.
Pemilik kenderaan tersebut berpeluang menikmati potongan sebanyak 10 peratus untuk caj tenaga kerja dan 20 peratus potongan untuk caj servis di semua pusat servisnya seluruh negara – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold