Potongan Gaji Kakitangan Awam RM1 Bantu Fakir Miskin

Kakitangan awam sebanyak 70 peratus dari 1.2 juta dah setuju nak buat potongan gaji RM1 setiap bulan selama setahun bagi membantu fakir miskin. Wang tersebut akan disalur ke dana kebajikan, dan dana tu bakal mengumpul RM10 juta setahun.
Besedekah ni dapat pahala dan berkat pulak dari duit gaji tu. Bukan berat sangat nak bagi RM1 kan. Paling senang nak buat, tak terasa pun duit RM1 dipotong dr gaji kan? Bersedekah dan berjimat cermat. Bukan orang awam saja kena jimat, kerajaan pun kena berjimat cermat kan.

Petikan berita:


Rosmah isteri PM meminta usahawan Islam di negara ini meningkatkan usaha membudayakan amalan sedekah bagi mencapai kemakmuran dan kehebatan seperti masyarakat di negara lain.

Malah, katanya penubuhan Yayasan Al-Bukhary, Waqaf Al-Nur Corporation Berhad dan Yayasan Emkay perlu dijadikan contoh supaya usahawan Islam bersedia memperuntukkan sebilangan kecil keuntungan kepada masyarakat yang memerlukan.
Kerajaan juga perlu mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan daripada individu Muslim dan badan korporat yang menyalurkan sumbangan mereka kepada individu yang berkelayakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Potongan Gaji Kakitangan Awam RM1 Bantu Fakir Miskin”

  1. echah mashuri says:

    waa..stuju2 wlaupun xkeje pun ag..hehhe

  2. White Bird says:

    bagusla kalu mcm tu,seringgit pun bermanfaat pada org lain dah kira besar.

    Tapi jgn salah saluran sudah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold