Norhayati Syak Roslin Ada Hubungan Dengan Raja Azmi

Panas panas..semakin panas cerita kes cerai Roslin Hashim dan Norhayati Othman. Lebih panas dari kes cerai dengan isteri Roslin yang dulu rasanya bila lagi sekali nama Raja Azmi dikaitkan dalam kes cerai Roslin kali kedua ni.
Roslin Hashim memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada petang tadi, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.

Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan
Lihat Video Temubual wartawan dan Norhayati di Mahkamah

dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Kes sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.
Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.

Ketika ditanya oleh Wan Mahyuddin Wan Muhammad kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.
“Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut,” katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.
Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati.
Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Roslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah.
Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.

Ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.

“Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?” soalnya.

Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.

Sementara itu, di luar mahkamah, Norhayati ketika diserbu wartawan hanya sempat menyatakan: “Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010. Itu sahaja. You orang buat kesimpulan sendiri.”

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan perbicaraan dengan menetapkan 1 September dan 22 September depan untuk pihak plaintif dan defendan memfailkan hujah bertulis.

Berita dari MstarOnline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Norhayati Syak Roslin Ada Hubungan Dengan Raja Azmi”

  1. anuarfariz says:

    macam2 kes berlaku skarang ni kan..

  2. GaDis CoMeL says:

    singkat betui jodoh si roslin ni

  3. cik panadol says:

    masa perceraian roslin yg pertama pon nama raja azmi ada disebut2…aku pon mcm rasa pelik sbnrnye…

  4. daisy says:

    susah-susah roslin kawin je lah ngan raja azmi

  5. Nasir Bravo says:

    macam2 dok ada nooo,,hehehe

  6. nadilah says:

    Ermm..ada skandal la tu…(oop sori kuranglak pahala pose dila nie)

  7. SYaMiLa says:

    bulan2 pose ni tk leh nk komen byk2…he3…(p/s…bulan pose je ke?)

  8. SYaMiLa says:

    tk nk komen byk2..he3…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold