Nama Guan Eng Dalam Khutbah Jumaat

Isu ni panas semenjak Jumaat lalu apabila ada dakwaan dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan penggunaan nama Ketua Menteri itu yang dilaporkan berlaku di beberapa buah masjid ketika solat Jumaat.
Tak pernah lagi dengar isu macam ni tapi la ni macam macam benda pelik berlaku.

Majlis Raja-Raja sudah membuat ketetapan bahawa hanya nama Yang di-Pertuan Agong disebut dalam doa khutbah Jumaat, oleh itu apa yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang amat mengaibkan umat Islam..

Perbuatan menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri.
Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.

GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian khatib menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng menggantikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat termasuk kes terbaru di Masjid Kubang Buaya, Bagan, kelmarin.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata dengan kejadian terbaru itu, sekurang-kurangnya enam masjid di negeri ini merekodkan kejadian sama yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Beliau turut kecewa kerana kerajaan negeri menafikan kejadian serta menuduh UMNO sengaja membangkitkannya untuk kepentingan politik.

Petikan berita : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold