Mahadi Che Mansor Bapa 9 Anak Janji Pulang Raya

Selepas berita pasal pasangan yang meninggalkan 9 anak tersiar, Mahadi Che Mansor bapa kepada 9 orang anak tu merasa bersalah dan malu, kisah dan masalahnya terlalu peribadi untuk dikongsi, cukup menceritakan ada selisih faham antara dai dan mertuanya.
Mahadi 31 tahun masih sayang dan teringatkan anak anaknya dan berjanji akan pulang menemui anak anaknya di Kuala Krai pada hari raya nanti. Dia dan isteri meninggalkan anak-anak seminggu selepas raya tahun lalu dan sejak itu dia tidak pulang ke kampung.

 Mahadi Che Mansor


Mahadi bekerja di bengkel di Lembah Klang dan baru saja mendapat anak ke 10, dia menumpang sementara di rumah majikan dan berusaha untuk mencari tempat tinggal yang selesa serta merancang nak bawa anak-anak untuk tinggal bersamanya kelak.

Mahadi akan pulang seminggu sebelum raya, dia kini membuat persiapan baju raya untuk anak-anaknya; Nor Hidayah Mahadi, 13; Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf, 10; Natasha Emilia, sembilan; pasangan kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, empat; Naqiuddin, tiga; dan Nia Khalisa, dua tahun. Tujuh daripada mereka menumpang kasih datuk mereka, Kassim,55; dan moyang, Ehsah Hashim, 74; kerana dua lagi dijaga ibu saudara di Seremban dan Kota Bharu.

Mahadi bertuah kerana lebih 30 rakan bersimpati dengan kisah hidupnya dan mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membolehkan Mahadi serta isteri meraikan Aidilfitri bersama anak dan keluarga di Kelantan.

Seorang rakan yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, berkata ada antara mereka yang sanggup meminjamkan kereta kepada Mahadi bagi membolehkannya pulang berhari raya dan membuat kutipan derma bagi menyediakan pakaian baru untuk semua 10 anak Mahadi bagi menyambut Aidilfitri.

Semoga Mahadi dan isterinya dapat pulang beraya dan menemui anak anaknya, buang yg keruh ambil yang jernih. Semoga Aidilfitri ni memberi sinar kebahagiaan buat mereka. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Mahadi Che Mansor Bapa 9 Anak Janji Pulang Raya”

  1. Danial Ikhwan Jaafar says:

    terharu plak baca cerita macam ni. It GMH!

  2. Affan Ruslan says:

    Salam.
    Oh gambar kanak2 ni ada masuk surat khabar rasanya bbrp hari lepas.
    takkan sebab dgn mentua ke tinggalkan anak? huhuh

  3. Iman's Umi says:

    Bagusla, at least dia ada gak perasaan nk blk, jgn tggl terus anak2 dah…kwn2 Mahadi sgt baik, semoga Allah membalas budi baik mereka. (Seronoknya dia ada anak kembar).

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold