Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 53

Kita semakin menghampiri tarikh keramat iaitu 31hb Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.
Tema kemerdekaan negara ke-53 tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Tranformasi’. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, intipati terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 September ini.
Ini ialah logo Hari Kemerdekaan yang ke 53, Logo 1Malaysia.

 Logo dan Tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53

Kita merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysia  yang paling besar dan meliputi


pelbagai kepentingan. Mulai 1 Ogos sampai 16 September telah banyak program dan sambutan meraikan hari Merdeka dan Hari Malaysia. Sepanjang tahun ni banyak program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dijayakan.

Sambutan bulan kemerdekaan telah dilancarkan di Stadium Utama di Kangar, Perlis, pada 1 Ogos lalu dan berakhir dengan acara sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 September 2010.

Pelbagai program dan pengisian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kota Kinabalu, hanya Perdana Menteri berucap, manakala pihak lain akan dirakamkan terlebih dulu supaya maklumat dapat disampaikan.
Bagi sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, sekitar 20,000 dijangka hadir bagi memeriahkannya.

Ikrar Rukun Negara semasa sambutan Hari Merdeka akan dijelmakan mengikut konsep 1Malaysia manakala sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu lebih mencerminkan kebudayaan di Sabah dan Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Merdeka semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 53”

  1. diana says:

    selamat menyambut hari
    kemerdekaan ..!

  2. LaNuNsepet says:

    selmat sambut bulan kemerdekaan…
    lanun harap.. dieragn tak byk bazirkan duit untuk kali ni..
    1 sbb puasa
    2 sbb ekonomi tak baik lagi
    3 bg kat rakyat dulu k..rakyat didahulukan.

  3. Cheqna says:

    Merdeka! semoga negara dan rakyatnya sentiasa selamat dan hidup dalam aman..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold