Lempar Najis Ke dalam Kedutaan Malaysia – Tindakan Tak Bertamadun

Insiden lempar najis dan memijak bendera Malaysia menunjukkan segelintir rakyat Indonesia tak bertamadun, melakukan tunjuk perasaan yang melampau dan menghina negara jiran yang selama ni banyak berjasa kepada mereka terutama yang mencari nafkah di bumi Malaysia ni.

Beribu ribu rakyat negara Indonesia mencari makan di sini, tiada ancaman pun dari rakyat Malaysia. Ada sesetengah rakyat Indon pulang membawa kekayaan dan ada jugak masalah lain seperti rompakan dan masalah sosial lain yang dilakukan oleh rakyat Indon, tapi rakyat Malaysia tak pulak melenting dan berkelakuan ganas dan menghina seperti tu.


Mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan tu bagai lebah atau tebuan yang silap sikit saja akan menyerang habis habisan. Mereka lupa segala jasa baik Malaysia yang lebih berlembut dengan pendatang tanpa izin yang masuk ke Malaysia. Mereka melihat Malaysia dengan penuh dendam kesumat dan benci seolah olah Malaysia ni penjenayah besar. Walaupun tak semua rakyat Indon menyokong tindakan tak bertamadun tu tapi sedikit sebanyak telah mengeruhkan hubungan diplomatik antara dua negara.

Masihkah ingat lagi kepada sejarah hitam dalam pembentukan Malaysia? Niat baik Tunku Abdul Rahman yang nak membentuk Malaysia dihalang keras dan berlaku pertumpahan darah dek kerana prasangka buruk terhadap Tanah Melayu, mereka lancarkan konfrantasi dan slogan “Ganyang Malaysia”.
Sekarang slogan “Sweeping Malaysia”. Adakah semua masalah sempadan dan perairan tak ada jalan yang lebih aman damai, kenapa mereka ni perlu nak membuat provokasi dan menghina?
Anti Malaysia ni boleh buat macam macam slogan dan macam macam tindakan yang tak bertamadun disebabkan perasaan benci mereka tu.

Kalau Malaysia ni kejam sangat Malaysia ni pun boleh buat Sweeping Pendatang Asing Indon dari Malaysia.
Menuduh Malaysia ni “maling” atau pencuri. Apa yang Malaysia curi tak tau le. Yang banyak kes curi rompak di Malaysia banyak jugak rakyat seberang tu yang buat hal kat sini.

Petikan berita :

Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.
Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.
 -Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Lempar Najis Ke dalam Kedutaan Malaysia – Tindakan Tak Bertamadun”

  1. jayne says:

    belagak tol la dorang ni.rasa hebat sangat, kunun2 nak serang m'sia, tu haa.. g tahan tsunami tu kalo rasa hebat & kuat sangat..geramnyer…

  2. MX says:

    rasanya yang tu orang2 kat Indon tak sedar…
    yng ramai rakyat mereka kat Malaysia…
    kalau Malaysia buat sesuatu pada rakyat mereka kat sini macamana?
    tak ke macam tindakan bodoh je…

  3. Danial Ikhwan Jaafar says:

    ikutkan hati nak jugak buat jadi bodoh macam diorang, pergi huru hara kat kedutaan indonesia. tapi hanya segelintir rakyat indonesia je yang bodoh melulu macam tu. sakit hati, panas hati, cubaan di bulan puasa.

  4. Hime says:

    memang myampah ngn org Indon ni.tak kenang budi.diorg jenis tak bertamadun.dahla kita bg diorg keje, mkn.tp dibalas ngn buruk

  5. zalin says:

    dieorang ni macam ape je..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold