Kisah Raja Azmi (Black Widow) dalam Penjara

Raja Azmi yang ditahan seketika kerana kes sivil sebelum diikat jamin, dikatakan telah mengalami trauma semasa di dalam penjara. Penjara yang gelap, berlantaikan simen sejuk dan tiada alas. Seperti kata suami Raja Azmi le, dia trauma semasa di tahan dalam lokap. Polis memberi penjelasan kepada media bahawa semua tahanan di penjara memang mendapat layanan sama rata dan tidak ada kelas bawah atau atas.

Sebuah sejarah hitam buat Raja Azmi dan betapa pahitnya duk dalam penjara. Tu le kalau tak nak masuk penjara kita kena le ikut peraturan, jangan buat jenayah..takut wooo!!  kalau kena masuk penjara..tapi banduan banduan yang masuk banyak kali tu agaknya dah lali kot kena tahan di lokap.

Ikuti kisah hitam Raja Azmi yang ditemani serangga Black Widow si labah labah dalam penjara. 
Mungkinkah Raja Azmi akan buat filem yang mengisahkan pengalaman hitam dalam lokap lak pasni?

semut, lipas dan serangga kecil berbentuk seperti kala jengking. Hanya itulah antara benda-benda hidup yang menemani Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dia terpaksa tidur semalaman di lokap Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lepas. Penerbit filem kontroversi berusia 51 tahun itu ditahan di lokap tersebut atas dakwaan polis mempunyai waran tangkap ke atasnya daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran Raja Azmi tidak hadir satu perbicaraan pada 21 Julai lalu berhubung satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.
“Ia merupakan suatu pengalaman pedih,” luah Raja Azmi yang dihubungi menerusi panggilan telefon. Kala itu terdengar suara tangisannya menandakan emosi kesedihannya yang amat sangat impak pengalaman hitam ditahan di lokap masih belum reda sepenuhnya.
Memperincikan detik-detik berada dalam lokap itu, figura yang cukup sinonim dengan labah-labah itu menjelaskan dia pada mulanya ditahan di lokap bersama dua wanita lain.
“Selepas 15 minit kemudian, barulah Kak Mi dipindahkan ke lokap individu. Sebaik melangkah masuk, Kak Mi dapat merasakan betapa keadaan di dalamnya sangat sejuk.
“Apatah lagi ketika itu Kak Mi hanya memakai baju penjara berwarna ungu cair. Kain sutera yang sebelum ini disarung oleh Kak Mi dibenarkan terus memakainya, tapi kainnya sangat nipis, sudah pasti tidak dapat menahan kesejukan dalam lokap itu,” ujar isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek,46, itu.
Tambah Raja Azmi: “Apatah lagi ketika itu Kak Mi dengar hujan turun dengan lebatnya di luar lokap, justeru kesejukan daripada hujan yang turun menderu itu masuk ke dalam lokap menerusi jaringan tingkap lokap tersebut.
“Selain sejuk, simennya pula licin, ada satu mangkuk tandas, tapi ruangan tandas diasingkan oleh penghadang batu-bata. Tiada katil, tilam, bantal mahupun selimut.

“Apa yang dapat Kak Mi rasakan semuanya sejuk. Berdiri sejuk, menyandar pun sejuk, apatah lagi duduk.”
Menurut Raja Azmi, sebenarnya lokap yang menempatkan dirinya itu berada di bahagian dalam selepas perlu melalui empat pintu besi.

“Namun, Kak Mi cuba tenangkan fikiran dan kuatkan semangat dan menerima apa yang dialami itu adalah ujian Allah terhadap Kak Mi, apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” luahnya.
Bercerita mengenai pengalamannya berbuka puasa di lokap, Raja Azmi memberitahu: “Dalam 10 minit berada dalam lokap itu, tiba waktu berbuka puasa, Kak Mi diberikan nasi, sup ayam, sayur rebus dan air sirap – semuanya dalam plastik serta sebiji roti bulat.

“Alhamdulillah selepas makan, Kak Mi rasa okey dan bertenaga sikit. Dan Kak Mi bersyukur, Kak Mi boleh dengar dengan jelas suara azan dilaungkan di luar lokap tersebut.
“Selepas habis berbuka Kak Mi solat Maghrib, biarpun tanpa telekung sembahyang, Kak Mi tetap solat dengan menggunakan tuala kecil yang diberikan polis sebagai sejadah. Kiblat Kak Mi tak pasti tetapi Kak Mi solat membelakangi mangkuk tandas tersebut.”

Solat tarawih
Dalam pada itu air mata raja Azmi terus mengalir laju, “Sementara menunggu waktu Isyak, sambil menangis, Kak Mi tidak putus-putus berdoa semoga suami Kak Mi, Abang Jack (Jalani) dapat menjamin keluar Kak Mi daripada lokap pada malam itu juga. Tapi tunggu punya tunggu tiada apa-apa perkembangan. Justeru, selepas terdengar azan Isyak, Kak Mi pun solat sebelum menunaikan solat tarawih,” cerita Raja Azmi.

Kena Migrain 

Tidak sempat menghabiskan solat tarawih, dia tiba-tiba diserang migrain. “Kak Mi memang ada penyakit migrain, kena makan ubat. Sebab itu, Kak Mi pun terus beritahu pegawai lokap itu bahawa Kak Mi mahu menelefon Abang Jack supaya bawa ubat untuk Kak Mi. Sebelum itu, Kak Mi kata, ‘kenal tak saya, saya ni isteri Jalani Sidek’. Pegawai penjara memberitahu dia kenal siapa Kak Mi tapi masalahnya disebabkan emosi Kak Mi ketika itu tak stabil, Kak Mi tidak berapa ingat nombor telefon bimbit Abang Jack. Kak Min bagi beberapa nombor.

 Roslin hantar ubat migrain sebab Jalani suaminya tak tahu jalan ke penjara.

Nasib baik polis dapat menghubungi Abang Jack. Itupun pada pukul 4.15 pagi, lalu dia pun menyuruh adik angkat kami, Roslin Hashim menghantar ubat kepada saya di lokap kerana Roslin yang tahu jalan ke sini, ” tuturnya. Kata Raja Azmi, ubat itu hanya dihantar pada pukul 4.45 pagi. “Bagi sakit migrain, Kak Mi makan dua jenis ubat- dua biji bagi setiap jenis.”

Sebelum dapat ubat itu, Kak Mi memang tidak boleh tidur. Sudahlah sejuk di lantai banyak semut dan serangga kecil yang berbentuk seperti kala jengking, serta lipas-lipas berkeliaran dalam mangkuk tandas. “Namun, akibat keletihan Kak Mi terlelap seketika tetapi macam tidur-tidur ayam sebelum dikejutkan untuk mengambil ubat migrain Kak Mi itu,” katanya.
Sejurus selepas itu, tiba masa untuk bersahur. “Kak Mi diberikan nasi, kari ayam, sup sayur dan teh O panas,” beritahunya.
Tambahnya: “Kemudian Kak Mi diberikan sabun mandi kecil, ubat dan berus gigi serta baju sutera Kak Mi semula untuk hadir ke mahkamah.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kisah Raja Azmi (Black Widow) dalam Penjara”

  1. asLeenda says:

    macam2 hal kan diorang ni..
    sy sampai sekarang tak tau sape betul sape salah..hehhe..

  2. diraja22 says:

    bg banduan syurga pd mereka..
    tp blog nuriz ni memiliki semangat patriotik yg tinggi mmg patut dipuji..

  3. nuriz says:

    Selamat Menyambut Hari Merdeka..kena le sayang negara kan..di mana kita nak duduk kalau takde Malaysia

  4. diana says:

    pengalaman dan pengajaran!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold