Kes Kematian ADUN dan Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang

Kes kematian Adun Permatang, Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh 64 tahun dan Siti Rohana Ismat, Naib Ketua Wanita UMNO bahagian Tanjung Karang, 44 tahun masih menjadi misteri dan tanda tanya, banyak pihak membuat spekulasi dan teori masing masing.

Kedua – dua mayat ditemui dalam kereta Toyota Caldina milik Siti Rohana dengan kesan tembakan di

 Datuk Abdul Aziz

 Siti Rohana Ismat

kepala. Di kepala Datuk Abdul Aziz ada satu kesan dan di kepala Siti Rohana ada 2 kesan tembakan.
Sepucuk pistol jenis Revolver .38, dua butir peluru belum digunakan dan tiga kelongsong peluru dalam kereta berkenaan adalah milik Datuk Abdul Aziz.

Datuk Abdul Aziz meninggalkan isteri, Datin Siti Fatimah Md. Noor, 62, dan tiga anak iaitu pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazila, 40; pensyarah Universiti Selangor (Unisel), Norazian, 37; Mohd. Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda UMNO serta empat orang cucu berusia antara 5 hingga 10 tahun.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, berpendapat ada beberapa teori yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian itu tetapi hanya laporan bedah siasat, forensik dan balastik yang dapat menentukan apa yang sebenarnya terjadi.

Polis tidak menolak kemungkinan kes kematian Adun dan Naib Ketua Wanita tu sebagai kes bunuh diri. Apakah sebab sebabnya? Tak berani nak komen lebih, biar polis je yang selesaikan kes ni. Polis dah larang jangan pandai pandai buat spekulasi kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kes Kematian ADUN dan Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang”

  1. lady XOXO says:

    berita ni mmg hangat semalam erk kat TV3.. ko tembak aku.. ku tembak ko.. uhu.. tak mo ckp lebeh2.. nanti lokap plak.. wakkaka..tapi takot2 tngok kes ni.. haiyoooo… jgn ler kes bunuh diri.. maka NERAKA tempatnyer tiada bau SYURGA,,,

  2. diana says:

    sori..
    tak boleh komen.

  3. nuriz says:

    ahak..takleh buat spekulasi

  4. lady XOXO says:

    TOI2… MANA TAU KOT2 ADA ORG LAIN KER WAT KER.. KAN2.. TAK PER KITA TUNGGU LAGI DARI PIHAK POLIS CMNER.. TAPI SO SAD. TNGOK FAMILY2 YG D TINGGALKAN… AL FATIHAH

  5. ayin~weeweet says:

    macam2 dunia skrng ni.hmm

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold