Kes Gagal Bayar Nafkah, Ac Mizal Mungkin Dipenjara?

Kes Ac Mizal yang dikatakan gagal membayar nafkah kepada anak anaknya belum selesai lagi, hari ni media melaporkan pada 28 Oktober nanti Mahkamah akan memutuskan berhubung kes perintah memenjarakan Ac Mizal yang dikatakan menghina mahkamah kerana gagal membayar nafkah anaknya seperti diperintah oleh Mahkamah. Baru baru ni Raja Azmi masuk penjara, sebab hina mahkamah jugak, kali ni Ac Mizal pulak dikatakan hina mahkamah, Ac Mizal mungkin akan kena penjara kalau sabit kesalahan.

Ac Mizal

Petikan Berita:

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan Ac Mizal telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.

Mengikut perjanjian asal , Ac Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.
Ac gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

Pada 22 Disember 2004, mahkamah mengeluarkan perintah supaya jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.

Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300.

Sumber: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kes Gagal Bayar Nafkah, Ac Mizal Mungkin Dipenjara?”

  1. farysa says:

    die ni bkn duit berlambak lambak ke
    byr jela
    ckp byk wtpe

  2. suzzsuzie says:

    lepas sorang sorang dapat merasa masuk penjara

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold