Kenapa Orang Tak Puas Hati Dengan Saman Ekor?

Ramai orang yang merungut saman ekor yang membebankan. Rungutan tu rasanya berasas. Permintaan orang ramai supaya saman ekor dikaji semula jugak berasas.Setiap kesalahan dan hukuman sudah pasti untuk memberi pengajaran kepada pesalah.
Pesalah trafik perlu akur perkara tu cuma kompaun dan cara pengendalian saman ekor tu patut lebih sistematik.
Kes kes orang kena saman beribu ribu, kemudian bila sampai masa nak renew roadtax baru dia dapat tahu saman dia beribu ribu, kadang kadang bertahun tahun saman tu terkumpul. Apa sebabnya orang tak puas hati dengan saman ekor ni?


 Sistem kemaskini yang lemah.
Saman yang dah dibayar tetiba ada semula dalam sistem komputer di JPJ. Macam mana tu? Adakah saman ekor tu tumbuh berekor ekor atau saman boleh beranak pulak? Pelik kan. Mesti mangsa yang kena masalah begini akan rasa teraniaya. Kes yang lama dianggap tak selesai walaupun pesalah dah bayar. Saya percaya ramai yang penah alami situasi macam ni kan? Alih alih kenderaan dia kena blacklist terus.

Hukuman tanpa bukti
Pesalah akan terbukti bersalah jika ada bukti, kalau benar pesalah tu buat kesalahan trafik, mesti ada gambar. Tak semua kesalahan tu ada gambar pun. Tiba tiba je dapat saman.

Tindakan blacklist kenderaan tanpa bukti jugak buat orang tak puas hati. Sepatutnya bila dah terbukti baru hukuman berjalan. Di situlah orang awam nak keadilan dengan saman ekor ni.

Denda Jika Lewat Bayar Saman
Kalau saman ekor tu dibayar cepat maka dapatlah diskaun, kalau pesalah tak bayar cepat cepat maka kena le lagi denda akan meningkat. Macam kadar faedah pinjaman lak bunyinye. Kalau lambat bayar pinjaman kadar bunga naik lagi tinggi.

Masalahnya, pesalah tak dapat notis awal, notis tak dihantar, macam mana pesalah nak bayar saman.
Adakah mahal sangat sekeping kertas nak printkan saman tu.

Masalah alamat tak diupdate, mustahil alamat tak update, kalau posmen dapat cari nak hantar surat takkan surat saman posmen tak dapat nak hantar.

PDRM ada beri cadangan supaya 

-kompaun saman tu dikurangkan kepada yang mampu bayar. Tapi rakyat puas hati kah jika ada ketidakadilan dalam hukuman selagi masalah di atas yang saya senaraikan tu masih wujud.
Rasanya bukan masalah tak nak bayar tapi nak keadilan dan sistematik cara pengendalian saman tu.

-Cadangan nak lanjutkan tempoh bayaran dari 2 minggu yang dikuatkuasakan kini kepada masa lebih lama. Mungkin yang ni orang setuju.

-No plat kenderaan hanya satu pihak saja boleh keluarkan, contoh kalau JPJ ada hak keluarkan no plat, maka pihak lain tak boleh keluarkan, sebab nak elak masalah pemalsuan no kenderaan.
Kalau no plat dah boleh palsu, saman ekor yang hanya berpandukan no plat tu akan menganiaya tuan punya kenderaan le.

Rasanya palsu no plat ni amat mudah walaupun hak diberi pada JPJ je, No ic , pasport antarabangsa dan visa pun amat mudah je orang palsukan..ini kan pulak no plat.
Tak tahu le cadangan ni boleh ke tidak selesai masalah saman ekor tu?

Kerajaan pun sedar dengan rungutan dan rasa tak puas hati rakyat pasal kes saman ekor mahal, saman ekor tertunggak dan sebagainya. Eloklah kerajaan buat kajian sekali lagi pasal masalah saman ekor ni. Keadilan buat rakyat tu yang dipinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Kenapa Orang Tak Puas Hati Dengan Saman Ekor?”

  1. Kie-yu says:

    hoh~!
    saman ekor mmg fatut utk org yg ske speed

    Cara Memenangi Harti Wanita : Setuju tak?

  2. aZLiNa aZiZ says:

    saya sokong!!! Kerajaan sepatutnya mengkaji perkara ni. Kesian pada pemilik kenderaan yang tak tau bahawa dia disaman, padahal yang bawak kenderaan adalah orang lain.

  3. ejaMaria says:

    ha ah… aku pun tak puas hati gak… saman ekor bulan 8 tahun lepas, tahun ni tadi aku renew roadtax + lesen… ok je… lepas renew tu baru dpt surat saman… padahal tarikh saman tahun sblum lagi… ntah hape-hape

  4. nuriz says:

    semua org ada masalah serupa, hrp2 kerajaan lebih adil dlm hal ni

  5. Syukie says:

    Agak2 kalau x nak kena saman ikut lebuh raya boleh pakai no plate palsu x :P

    polis saman, tengak no plate… so nk gambar kena bayar lak, macam mana kalau ada orang pakai no plate kita?

  6. Yaya says:

    yaya pernah kena saman ga..pakcik cakap biar aje..haha..tapi kena gak bayar pasal t nk renew susah..jadi bayar je lah kalau dah wat salah kan..

  7. .::WaNiE::. says:

    mengarut jek. Notis tak penah sampai bila cek on9 tetiba ada

    and ada satu saman

    hari wani ngn husband kawen

    tp saman tu kat tempat lain

    sangat sangat tak logik

    terlampau mudah palsukan no plat kete

  8. Mario says:

    yeay…tak taula aku ada ke tak…kih3… takut nak cek…adoii

  9. Wanzie says:

    Saman memang patut sebab untuk mengurangkan kesalahan jalanraya… undang2 mesti ade sebab untuk mendisplinkan rakyat… cuma apa yang saya tidak setuju dengan saman ekor ialah sebab saman tanpa bukti kukuh… sebagai contoh anda mengunakan kete hanya di kampung anda di Perak sahaja, tiba2 surat saman sampai menyatakan anda disaman diJohor sedangkan anda tidak pernah pegi… kalau satu ok ler ini kalau lebih 10… itu tandanya ade org palsukan no plat kete kita…. tapi bila sebut saman ekor kita tetap kena bayar….. fikir2lah sendiri semua….

  10. nuriz says:

    mungkin jugak tu ada org guna no palsu sebab kita tak buat tapi kena saman ..tu le masalahnya

  11. KaiZeN SHiNoBi says:

    eh? nape ramai story pasal saman ekor arinih?

    hehehehe

    aq xde kete so aq xde masalah kne saman ekor… hehehhe

  12. suhaili sulaiman says:

    mampos manusia buat dek saman ekor ni..bapak ak jual CRV thn 2009 dlu…ttbe thn 2010 ni time da pkai kete len..dye dpt 2 saman ekor mse pkai CRV…pnye la legend

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold