Kempen Anti Zina Menjelang Hari Merdeka

Bila hampir tiba detik 12 malam dataran merdeka akan penuh je orang kat dataran merdeka menantikan detik 12 malam, semua orang berpesta sakan menyambut Hari Kemerdekaan, ramai muda mudi remaja meraikan hari kemerdekaan tak kira di mana pun. Dengar macam bagus je kan muda mudi sama sama meraikan Hari Kemerdekaan, tapi sebenarnya bagaimana gamaknya Hari Merdeka tu disambut?

Istilah “pecah dara” di Hari Kemerdekaan, atau musim anak muda mengawan, musim si perempuan


membuktikan cinta dan kasih sayang pada si teman lelakinya memang tak asing lagi, lihat dan tunggu saja menjelang hari merdeka ni pasti banyak hotel hotel murah akan diserbu oleh penjegah maksiat dan tertangkap la pasangan pasangan yang bukan muhrim pada malam tu. Pegawai pegawai pencegah maksiat memang kerja teruk malam tu. Lepas tu musim buang anak yang menjadi jadi seperti sekarang. Tak jauh beza dengan sambutan Hari Kekasih atau Valentine.

Sedih sungguh kan Hari Merdeka sepatutnya disambut dengan penuh semangat kemerdekaan tapi ada golongan yang menyambut dengan cara yang menjijikkan atau disambut dengan berzina dengan pasangan masing masing.

Kerajaan Selangor nampaknya sedang giat menjalankan kempen Anti Zina menjelang merdeka ni.

Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.

“Kita minta remaja yang ‘termengandung’ ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.

“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.

“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.

“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos.           Sumber Sinar Harian

Baru baru dalam berita kosmo melaporkan:

Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah

Kempen Anti zina ni patut di semua tempat, semua masyarakat perlu sama sama terlibat dan berterusan bukan setakat dibuat menjelang hari merdeka atau musim tertentu saja.

Adakah kempen ni satu penyelesaian pada kes buang bayi dan kes zina? Kempen ni bukan penyelesaian tapi sebagai usaha usaha nak mengelakkan zina. Kes buang bayi sudah parah dan ni pun salah satu usaha jugak daripada tak berbuat apa apa.

Banyak lagi faktor lain dan punca punca yang meyumbang pada kes buang bayi ni. Salah satunya tengok video lucah, selainnya mungkin kurang didikan agama, cara didikan di rumah, pengaruh rakan rakan, pengaruh bahan bacaan lucah atau kurang pengetahuan seks, dan layari laman web lucah dengan mudah. Internet dan teknologi kini hanya di hujung jari semua maklumat sekejap dah dapat. Mungkin negara kita patut block semua web web lucah pulak pasni.

Masalah buang bayi dah menjadi masalah negara yang kronik, takut nanti negara kita ditimpa bala..nauzubillah.. apa akan jadi pada generasi kita pada masa depan? Orang kata nak lihat generasi masa depan tu bagaimana rupanya, tengoklah generasi kita pada masa sekarang..dan kita bayangkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kempen Anti Zina Menjelang Hari Merdeka”

  1. belalang hijau says:

    sgt sedih dgn gejala yg menimpa negara kita skrg.rata2 bayi yg d buang adalah dari org islam.

    bulan yg mulia nih makin menjadi2 lak isu pembuangan bayi…

    mmg patut lakukan sesuatu sebelum generasi akan dtg semua berstatus 'tidak berbapa' pada sijil lahir..

  2. Gen Fujita says:

    Saya nampak lagi satu cadangan jalan membanteras zina adalah dengan menguatkuasakan undang-undang di mana hotel atau rumah tumpangan di mana pasangan bukan suami isteri ditangkap, dikenakan denda atau hukuman. Ini bukan satu masalah memandangkan pasangan suami isteri sekarang sudah ada pengesahan, kad dan sebagainya, jadi jika benar mereka suami isteri mereka boleh mengemukakan pengesahan tersebut. Boleh nak buat, cuma nak tak nak saja.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold