Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2010 (1431H)

Ramadhan dan nak dekat, baju raya dah tempah dua tiga pasang, kuih raya pun orang dah mula buat promosi, terasa bahangnya nak posa dan raya. Tapi dalam bulan Ramadhan ni jangan pulak dilupa benda benda yang wajib. Membayar zakat fitrah.
Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2010 /1431H  ialah seperti dalam rajah berikut. Ada beberapa negeri yang belum saya dapat info, akan dikemaskini nanti.
Kadar Zakat bagi negeri Kedah ialah RM 7.00 dan banyak jugak negeri yang sama kadar bayaran zakat bagi tahun ni.  
Kadar zakat fitrah meningkat dan berbeza beza mengikut negeri, dan bersesuaian dengan harga beras yang meningkat tahun ni dan jugak sesuai dengan pendapatan individu.
 

Syarat wajib bayar zakat fitrah
Zakat fitrah, wajib kepada lelaki dan perempuan yang berkemampuan setelah cukup syarat syaratnya:

Orang Islam yang wajib bayar zakat atas diri dan tanggungannya:
1. Orang yang ada lebihan harta atau makanan daripada mencukupi untuk tanggungannya pada malam dan pagi raya.
2. Anak yg lahir sebelum matahari jatuh pd akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
4. Orang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Masa untuk membayar zakat fitrah:
Masa WAJIB ialah pada akhir 30 Ramadhan apabila terbenam matahari dan hingga terbit matahari esoknya.

Masa AFDAL ialah sebelum sembahyang raya

Masa SUNAT ialah sepanjang bulan Ramadhan.

Masa yang MAKRUH ialah selepas sembahyang raya hingga terbenam matahari 1 Syawal.

Masa yang HARAM selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Sekarang zaman serba moden, bayar zakat boleh dibuat dengan cara sms, bayar melalui online dan mesin ATM.


Cara Bayar Zakat dengan SMS:
Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik.

Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2008 ada memutuskan:

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.
• Pihak Celcom hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
• Pihak Celcom atau ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

Selamat membayar zakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2010 (1431H)”

  1. Hariz says:

    Terima kasih dengan perkongsian ini :)
    Tunaikan Zakat Anda :)

  2. Cikmin says:

    makasih atas info ni.. :)

  3. ~Blabberina~ says:

    lebih suka bayar face to face.

  4. aZLiNa aZiZ says:

    @Blabberina: yup! saya pon suka bayar face to face :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold