Jejak Rasul 16, Paparkan Perjuangan Tokoh tokoh Wanita Islam

Jejak rasul antara rancangan yang dinanti nanti bila tiba bulan puasa, salah satu rancangan kegemaran saya sekeluarga jgk. Tiap tiap petang mesti nak tengok Jejak Rasul ni. Jejak Rasul akan bermula 11hb Ogos ni, jam 6.00 ptg, TV3. Sekejap je dan 16 tahun Jejak Rasul ni duk bersiaran kan.

Pada tahun ni Jejak Rasul bawa kelainan, sebab dalam musim ni,


ada cerita tentang tokoh tokoh wanita Islam seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Fatimah Az-Zahraa, Fatimah binti Al Khattab, Siti Aisyah binti Abu Bakar dan lain lain lg.
Ni le buat pertama kali Jejak Rasul menyelami kisah kisah tokoh wanita Islam untuk 10 episod pertama dalam segmen Trilogi Suara Kebenaran. Bagi mengenang jasa dan mengambil pengajaran dari kisah kisah wanita wanita yg hebat ni.

Kru Jejak Rasul seperti biasa akan pergi ke tempat tempat sejarah dan mencari bukti bukti peninggalan di mana tokoh tokoh wanita hebat ni pernah berjuang dan berbakti untuk Islam.

Pengacara/wartawa yang akan membuat liputan ialah Ezzah Aziz Fawzy, Mazlin Nordin dan yang lain tak berapa nak kenal..huhu!!
Dalam ni Mazlin wartawan TV3 tu  akan melakonkan watak Sumaiyah yang kena sula.
Menceritakan pengalaman mereka mendaki Gua Hiraq selama 3 jam, boleh kah mereka menyelami pengorbanan Siti Khatijah yang mendaki bukit yang setinggi 2ribu kaki, seorang diri untuk membawa makanan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Betapa hebat kan pengorbanan beliau.

Mesti tengok Jejak Rasul 16.

Credit to Mangga online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Jejak Rasul 16, Paparkan Perjuangan Tokoh tokoh Wanita Islam”

  1. M.D.G says:

    memang tak sabar nak tunggu jejak rasul kali ini…dont miss it!

  2. manggosteen says:

    jejak rasul program wajib tonton sebelom berbuka..hehe..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold