Insiden Gaduh Di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)

Insiden pergaduhan yang berlaku di perkarangan Finas sebelum bermula mesyuarat agung pada 30hb Ogos  lalu terpaksa dibatalkan berikutan pergaduhan yang berpunca daripada bantahan sekumpulan 50 orang yang didakwa Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez sebagai orang luar.

Seorang kakitangan Karyawan, Ahmad Abdullah berkata, dia ditumbuk oleh seorang daripada kumpulan terbabit sehingga jatuh terduduk.

Menurut Ahmad, pada mulanya dia hanya ingin menghalang kumpulan itu daripada menyerang Freddie namun tindakannya itu membuatkan kumpulan terbabit naik angin sehingga berlaku pergaduhan.

“Tumbukan itu membuatkan saya jatuh terduduk. Kumpulan seramai 50 orang berbadan sasa itu bertindak di luar kawalan sehingga berlaku kekecohan sebelum mesyuarat itu berlangsung.

Freddie turut menjadi mangsa apabila dia ditampar oleh salah seorang daripada kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, Freddie enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu sebaliknya hanya menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai samseng.

 Lihat Insiden tu dalam video berikut dan penjelasan dari Freddie :

Sebelum bermulanya mesyuarat tahunan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang itu, Karyawan terlebih dahulu membuat laporan polis kerana mendapat maklumat awal mengatakan akan berlaku kekecohan.

Sumber : Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Insiden Gaduh Di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)”

  1. Danial Ikhwan Jaafar says:

    perghh….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold