Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam Pulau Pinang 2010

Berita baik untuk kakitangan awam, anda akan mendapat bonus raya sebanyak RM400 sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 ini.
Tapi bonus ini bukan untuk semua kakitangan awam di seluruh negara  tetapi bonus raya ni hanya untuk 3,577 kakitangan awam di negeri Pulau Pinang sahaja.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Gembira sungguh kakitangan awam di Pulau Pinang sebab tahun ni depa dapat duit bonus raya RM400. Hilang beban belanja sikit bagi yang berpendapatan rendah nak beli  baju, kasut kuih muih dan persiapan raya tahun ni.

Tunggu dan doakan le kot kot Kerajaan Pusat nak bagi bonus kat semua kakitangan awam seluruh Malaysia.
Raya lambat lagi, mana tau Pak Najib murah hati nak bagi bonus raya pulak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam Pulau Pinang 2010”

  1. HANI says:

    syukurlah kalau dapat….wp sedikit tapi time2 nak raya mcm banyak…harap PM terbuka hati nak bagi duit raya tuk tahun ni…kalau bulan mengambang dapat, kalau gerhana pasrah ajerlah…

  2. Salmia says:

    wah.. sonok la ek..
    cara pancing undi gak tu

  3. .::WaNiE::. says:

    xkan kerajaan pusat tak bagi :p

  4. H Y D E says:

    huhu…nk jgk~
    *luahan seorang pekerja sector wasta~

  5. Kimizo says:

    harap k. pusat pun bagi bonus
    sedikit pun jadilah

  6. amin&nita says:

    apa barang 400….aku nak lebih dari taun lepas…- lim guan eng nak jadi agung tu…tu yang dapat bonus tu…
    harapan dan doa semoga dapat 1500 bonus taun ni…huahuahauaha…
    kalau tak lim guan eng akan menang pilihanraya tahun depan…dia ganti najib…hahahahahaha

  7. deatH_luVer says:

    nak duduk penang!!!!!!!!!!!!!…huhuh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold