Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching Beri Tazkirah Di Saf Depan Surau Al Huda Kajang

Di Utusan tadi satu berita tentang Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berkunjung Surau Al Huda, bukan setakat berkunjung tetapi masuk ke ruang solat lelaki memberi sepatah dua kata.
Sebelum berita ni dikeluarkan telah ada satu blog yang melaporkan pasal kunjungan Teo Nie Ching di Surau Al Huda, Kajang. Laporan di blog tersebut turut menunjukkan gambar Teo Nie Ching masuk ke ruang solat di saf pertama lagi, dengan memakai baju kebaya pendek sambil memberi sepatah dua kata.

Kehadiran Teo Nie Ching jugak dilaporkan dalam blog (http://www.wretch.cc/blog/teonieching pada 22hb Ogos lalu) milik Ahli Parlimen tu sendiri yang menceritakan aktiviti beliau di Surau Al Huda

Petikan dari blog Teo Nie Ching:

Surau Al-Huda Kajang Sentral sekali lagi menerima kunjungan YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang pada hari Ahad 22hb Ogos 2010 dalam tempoh 3 bulan untuk menyampaikan bantuan peruntukan di surau tersebut. Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat terawih dikerjakan.

Ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut, YB Teo Nie Ching berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum. Beliau juga mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di Universiti adalah cemerlang. Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke Universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan.

Sebagai mengakhirkannya ucapan beliau, YB Teo Nie Ching merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak surau yang sudi menjemput serta menerima kunjungan beliau.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh YB Teo Nie Ching kepada pihak Surau.

“Pihak surau juga merakamkan penghargaan ke atas kesudian YB untuk berkunjung sekali lagi ke surau tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat prihatin terhadap masyarakat”, kata Ustaz Azemi dalam ucapan beliau.

Lihat gambar yang berikut:

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching di ruang solat Surau Al Huda

Petikan berita:

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Ini pulak JAWAPAN OLEH USTAZ ZAHARUDDIN mengenai orang bukan Islam yang masuk ke Masijd/Surau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching Beri Tazkirah Di Saf Depan Surau Al Huda Kajang”

  1. tiha says:

    apa nak jadilah hai…>>___<<

  2. ejum says:

    la kenape boleh jadi macam ni..lagi ramai orang yang boleh bercakap di masjid di surau..kenapa orang bukan islam?..dah tiada orang islam ke yang mampu bagi ucapan di dalam surau, rumah Allah yang suci itu..

  3. Encik Tikus says:

    apa yang jadi nie ? haih~

  4. Shiela Latif says:

    suker kerajaan negeri selangor….tapi yang nie betul2 tak faham??…konpius??

  5. alinac lover says:

    plik jugakk…btol ke dorg yg undang~cemana la leh msuk smpai ke dalam~

  6. JAI says:

    Salam buat empunya blog. Mintak kebenaran untuk copy gambar, saya akan linkkan blog anda dalam entry saya. Terima kasih

  7. belalang hijau says:

    ape semua nih sis?
    knp bt mcm tue?

  8. dulukini says:

    kalau rosmah mansur masuk surau memang haram sbb dia islam tp tak pakai tudung,

    kalau cina yg bukan islam lagi ni tak pe, mudahan Allah beri hidayah agar dia masuk islam

    banyak pahala tu beb…

  9. nuriz says:

    bukan pasal dedah aurat je, bukan islam ni mungkin ada hadas besar..kena phm apa hadas besar tu apa dulu..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold